Saturday, April 14, 2012

Umno fitnah dan tipu untuk menutup kezaliman

IPOH: BN terutama Umno terpaksa menggunakan pelbagai fitnah dan penipuan serta memperbodoh rakyat di saat PRU13 kian hampir.


Demikian ditegaskan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain.

Katanya, kerajaan BN semakin terdesak dan jelas tidak boleh diselindung lagi bahawa mereka kini cuba untuk menyelamatkan diri masing-masing sebelum rakyat menghukum mereka pada PRU 13 ini.

Kebiasaannya dalam saat genting seperti ini pemimpin Umno akan mencetuskan beberapa provokasi untuk mengaburkan rakyat akan kezaliman dan rasuah yang dilakukan mereka.

Rakyat kini katanya sudah celik untuk mendapat sumber maklumat yang benar dan disebabkan itu kebangkitan rakyat memaksa kepimpinan Najib mengakui segala penyelewengan dan salah guna kuasa yang dilakukan kerajaan BN.

“ BN kini umpama ‘Kapal usang yang hanya menunggu saat untuk karam’, dan kini rakyat cukup sedar bahawa kerajaan BN telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawab yang dimandatkan untuk memimpin negara dan membela nasib mereka,” katanya kepada Perakite Daily ketika ditemu bual di Pejabat PAS Perak, dekat sini.

Tambahnya kesemua penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa pimpinan BN telah dibongkar masih belum dapat dijawab oleh Najib dan kabinetnya.

“Kezaliman dan penindasan terhadap peneroka-peneroka dalam merebut kekayaan FELDA oleh pemimpin tertentu UMNO BN terus dipertingkat dan digalakkan”.

"Pendedahan penyalahgunaan wang zakat oleh Ketua Audit Negara oleh Menteri Jamil Khir terus dipertahan”.

"Malah dalam kes syarikat Fidlot Nasional, rakyat masih terus dibohong apabila siasatan dan pertuduhan hanya dibuat terhadap lelaki yang disyaki menipu suami kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang juga Pengerusi Eksekutif syarikat itu sendiri dan tidak terhadap pengarah-pengarah syarikat, yang terdiri dari anak-anak mereka mahu pun Shahrizat sendiri”.

"Kebangkitan mahasiswa menuntut penghapusan AUKU dan hak dan kebebasan bersuara serta menentang kezaliman dan kebobrokan BN segera ditentang dengan kekejaman dan kekerasan Polis”.
"Dalam pada itu, usaha memporak-perandakan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini masih dileluasakan." tegas beliau.

Sehubungan itu beliau menyeru supaya seluruh rakyat berbilang kaum serta para pengundi menolak BN dalam PRU13 yang disifatkan semakin terdesak dan hilang identitinya.

0 comments:

Advertise