Saturday, April 14, 2012

Guru-Guru dipaksa pergi Himpunan Pemuda BN ?


Sebentar lagi, kalau ikut maklumat banner diatas ini, ada perjumpaan Pemuda BN di kediaman Menteri Besar Perak , Sabtu 14 April jam 12.00 tengahari ini nanti.

Tak kisahlah pasal program perjumpaan Pemuda BN tu. Tapi yang amat mengisahkan, ialah cikgu-cikgu telah diarahkan untuk turut hadir dalam program Umno/BN tersebut!


Korang boleh tengok portal PPD tu di sini

PPD telah memberikan alasan kononnya untuk bertemu dengan Menteri Dalam Negeri! Kesian buat susah guru-guru berkenaan.Bukan sikit , seramai 58 guru dipaksa supaya hadhir dalam program pemuda BN itu.

Surat arahan daripada PPD ke beberapa sekolah menengah di sekitar bandar Ipoh yang mengandungi senarai nama guru-guru yang dipaksa hadhir :


Nak lihat sepenuhnya, sila klik di sini

Beginilah tindakan terdesak UMNO/BN.PPD pun mereka nak perlembukan.Aku harap guru-guru yang terlibat janganlah takut dengan arahan seperti ini; dan jangan relakan diri kita diperkotak-katikan oleh mereka yang menyalahi kedudukan merteka untuk terus berkuasa.

Kalau terpaksa pergi, pergilah, tapi bila masa mengundi nanti, cikgu-cikgu yang terasa dianiaya sebegini, sila pangkah Pakatan Rakyat.

Blog Alhusseyn

2 comments:

Pembetulan: Bukan Arahan tapi jemputan.

Salah ke pegawai kerajaan diberi penjelasan pada program milik majikan nya?

Bukan semua guru terlibat hny bilangan tertentu, yg pastinya ada berkaitan dgn skop bidangnya disekolah dijemput untuk peningkatan ilmu...sama mcm kursus proffesionalisma yang diwajibkan malah aktiviti ini juga boleh direkod dlm kad peyertaan guru pd kursus prossionalisma. Rasanya takde ape-ape kesukaran dirasai oleh kaum guru pada bab ini.

Rungutan mmg pasti ada, jk guru berkenaan ada hal lain rasenya boleh meminta pengecualian dan minta guru lain menggantinya

Jangan menghina kaum guru kononnya mudah diperkotak katikkan oleh sesiapa sb masaalah ini hanya dihighlight oleh golongan politician yang tersepit untuk meraih sokongan tertentu.

Terima kasih.

saiful mungkin tidak faham mengapa di tajuk entry ini diletakkan tanda soal . Ia dijadikan sebagai pertanyaan bukannya menuduh guru diarah . cuba fahami baru beri hujah .

Advertise