Alhamdulillah , Pusat Amaran Tsunami Pasifik ( PTWC ) menarik balik pemantauan tsunami bagi kebanyakan kawasan di Lautan Hindi beberapa jam selepas gempa bumi pertama . Negara jiran Malaysia seperti Thailand, Singapore dan Myanmar dikatakan selamat .
Bagaimanapun amaran tsunami masih dikekalkan di Indonesia , India , Maldives , Sri Lanka dan Kepulauan Diego Garcia .
Kemusnahan besar atau ombak tsunami tidak dilaporkan setakat ini .
BUKTI : Pacific Tsunami Warning Center ( klik tulisan berwarna )
"Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri." Surah Al-Ankabut ayat 40.
Sains dan teknologi hanya mampu meramal , kesemuanya terserah pada Allah . Jangan terasa sudah aman dan selamat . Sentiasa memohon perlindungan padaNya , jangan sesekali alpa . Allah Maha Besar , Maha Kaya !
Kadangkala, Al-Quran sudah lama ajak kita muhasabah.
Kita ?
Bila dah terhantuk , baru nak tergadah .
0 comments:
Post a Comment