Wednesday, April 11, 2012

Kawasan Gurney dikosong berikutan amaran tsunami .

GEORGETOWN - Seramai  20 ahli Kepolisan Komuniti Pulau Tikus, turun padang meminta orang ramai menjauhi kawasan persisiran pantai Gurney Drive, sehingga amaran tsunami ditarik balik.



Pengerusinya, Lim Seng Him berkata ia berikutan, amaran dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia bahawa tsunami dijangka melanda di sini, pada jam kira-kira 9.11 malam  dan di Port Dikson  pada 2.10 pagi, semalam.

“Ahli Kepolisan Komuniti bersama-sama dengan pihak polis dan anggota bomba menasihatkan orang ramai berada berdekatan kawasan itu, beredar meninggal kawasan itu,” katanya.

Berikutan gempa bumi berukuran 8.9 magnitud menggegar Aceh pada jam 4.38 petang.

Gegaran tersebut turut dirasaikan di Kelantan, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kuala Lumpur dan Selangor.


sumber : Sinar Harian

0 comments:

Advertise