Tuesday, November 26, 2013

PASTI diyakini lahirkan pemimpin berkualiti


BATU GAJAH: Pendidikan asas Islam yang diterapkan di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) sejak 20 tahun lalu telah berjaya melahirkan generasi kepimpinan yang berjaya.

Yang Dipertua PAS Batu Gajah, Dr Ahmad Nuri Al-Amin berkata, pendidikan Pasti yang telah diasaskan PAS mampu melahirkan pemimpin Islam yang hebat dam berintegriti pada masa hadapan.

Menurutnya, ramai bekas pelajar pusat asuhan kanak-kanak itu berjaya melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang di universiti tempatan dan luar negara.

"Silibus yang dipraktikkan Pasti berasaskan Islam telah berjaya membentuk generasi pelajar yang berkualiti," katanya ketika ditemui Harakah dalam Majlis Konvokesyen PASTI Batu Gajah, 12 November lalu.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak menjelaskan, pendekatan Pasti yang berasaskan Islam ini perlu dipraktikkan oleh semua pihak termasuklah Kemas itu sendiri.

Rakyat katanya sangat dahagakan pembelajaran yang bercirikan Islam untuk mendidik anak-anak mereka.

"Usaha Pasti adalah melahirkan generasi umat Islam yang berjaya dan bakal menerajui perjuangan Islam, sekali gus pemerintahan Islam dapat didaulatkan semula di negeri ini," jelasnya lagi.

Konvokesyen PASTI Batu Gajah itu telah dirasmikan oleh Setiausaha PASTI Malaysia, Rosli Suhaime.

Semua pelajar terutama yang berjaya mendapat prestasi yang membanggakan telah dirai dan diberikan perhargaan oleh pihak PASTI.

3 comments:

Advertise