Wednesday, November 27, 2013

ADA ROMBAKAN EXCO KERAJAAN NEGERI?

BN PERAK: ROMBAKAN EXCO KERAJAAN NEGERI?

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menjangkakan setelah berakhirnya Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak nanti, Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abd Kadir akan mengumumkan kedudukan Dato' Dr Mah Hang Soon yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Chenderiang daripada Parti MCA berikutan keputusan Mesyuarat Agung Luar Biasa MCA membenarkan kembali Ahlinya memegang jawatan di peringkat negeri.

Dato' Mah yang sebelum ini pernah memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Perak memungkinkan adakah akan mengubah kedudukan EXCO Kerajaan Negeri Perak kelak?

Datuk Seri Zambry kini memegang jawatan bagi Pengerusi Jawatankuasa Agama, Kewangan, Keselamatan, Pembangunan Tanah, Sumber Asli, Perancang Ekonomi, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam.

Dan sebahagiannya yang pernah disandang oleh Dato’ Mah sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 yang lalu dan kini persoalan timbul adakah sebahagian jawatan yang disandang oleh Datuk Seri Zambry akan diserahkan kepada Dato’ Mah?
Umum mengetahui terdapat satu kerusi EXCO Kerajaan Negeri dikosongkan bagi memberikan laluan kepada Dato’ Mah setelah Mesyuarat Agung Luar Biasa MCA mengubah pendiriannya.

Jika dilihat portfolio Datuk Seri Zambry, mungkinkah tiga bidang tugas ini akan diserahkan Dato’ Mah iaitu Perancang Ekonomi, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam?

Kita juga dikejutkan tentang dakwaan bekas ADUN Bebas Malim Nawar, Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh telah dilantik sebagai Pegawai Hal Ehwal Bukan Islam kepada Menteri Besar Negeri Perak baru-baru ini, adakah ianya akan mengubah kedudukan jawatan yang akan diserahkan kepada Dato’ Mah?

Ini kerana akan berlaku pertindihan peranan berikutan dua pihak yang berbeza akan menjalankan satu tugas yang sama dan secara tidak langsung meningkatkan perbelanjaan kerajaan negeri dalam masa yang sama. Kami merasakan rakyat Perak akan menantikan ‘kejutan’ yang akan dilakukan oleh Datuk Seri Zambry bagi meredakan desakan pelbagai pihak tentang perlantikan EXCO Kerajaan Negeri yang ada.

Ini termasuklah janji untuk melantik EXCO Kerajaan Negeri dari pecahan geografi zon Utara, Selatan, Timur dan Barat yang masih gagal dilaksanakan!

DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.


2 comments:

Advertise