Wednesday, July 31, 2013

TERKINI! Seorang lagi mati ditembak di Perak!


PARIT BUNTAR : Seorang penduduk Taman Semarak Parit Buntar berketurunan India telah mati ditembak sekitar jam 10.30 pagi tadi berdekatan dengan simpang tiga tidak jauh dari Sekolah Kebangsaan Baru Parit Buntar.


Menurut saksi sebanyak 3 das tembakan telah di lepaskan ke arah mangsa dan 2 darinya kena pada mangsa . Satu dibahagian hati dan satu dibahagian perut.

Tembakan tersebut juga jelas kedengaran dari Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang yang terletak hampir 1 km dari tempat kejadian.

Dikatakan mangsa dengan menaiki motosikal telah ditembak dari jarak dekat oleh 2 orang yang tidak di kenali yang juga menaiki sebuah motosikal.

Sehingga jam 1 petang masih ramai kaum india berada berdekatan lokasi yang juga simpang menghala ke Pejabat Pendidikan Daerah Kerian itu.

Sehingga kini motif tembakan masih tidak dapat disahkan.


sumber: idhamlim.com

10 comments:

Kalau tembak dgn pistpl.mana ada dengar sampai 1 km jauh.ini kelwntung lebih.mengarut aje.biau le betul sikit berita2 mcm ni.

Hari hari ada saja pembunuhan dan berlaku sekitar kita, Anda "Anonymous" kata benda ni mengarut? Cuba Anda di tempat mereka? Baru anda rasa kan benarkah Malaysia aman?

Malaysia sudah tidak aman untuk kita diami. Apakah PDRM mampu menjaga keselamtan orang ramai???????? Tak mungkin ....PDRM pun berhadaapan dengan kemelut kepimpinan, ketelusan dan integriti anggota2mya. Pak2 menteri bagaimana??

Advertise