PAS Negeri Perak mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kontraktor yang memasang lampu limpah baru di Stadium Perak, Ipoh.
Ini berikutan berikutan kejadian lampu limpah tersebut telah terpadam semasa Pertandingan Bolasepak Liga Super 2013 perlawanan antara Perak melawan Kelantan pada 2 Julai lalu.
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isunya, Salman Saleh berkata, kejadian tersebut sangat memalukan dan kemungkinan berlaku salah guna kuasa serta penyelewengan dalam kos naik taraf lampu limpah itu.
Jelasnya, kerja naik taraf kecerahan lampu limpah kepada tahap 2,525 lux itu menelan kos yang sangat tinggi.
Katanya, pada awal Februari tahun ini, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim memaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sudah mendapat kontraktor bertauliah bagi memasang lampu limpah baru di stadium tersebut.
"Kami dimaklumkan Kerajaan Negeri Perak telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM4.2 Juta kepada MBI untuk kerja-kerja meningkatkan kecerahan lampu tersebut.
"Ianya satu kos yang besar yang melibatkan wang rakyat dan sewajarnya satu siasatan dilakukan oleh SPRM terhadap kontraktor terbabit atau juga pihak-pihak yang terlibat," katanya.
Tegasnya, PAS Perak merasakan ianya perlu bagi menunjukkan ketelusan oleh kerana kerajaan negeri telah menyalurkan satu peruntukan besar iaitu RM4.2 Juta.
0 comments:
Post a Comment