Monday, June 24, 2013

Jerebu: Rakyat dinasihatkan berhati-hati

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah mengisytiharkan darurat di Muar dan Ledang berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kedua dua kawasan tersebut mencatatkan bacaan yang kritikal.

Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Zawawi Hassan berkata, pihaknya menggesa seluruh rakyat supaya lebih berhati hati dan mengambil tindakan yang perlu bagi mengelakkan kesihatan terjejas akibat pencemaran udara. 


Katanya, seluruh umat Islam di Malaysia juga digesa menunaikan solat Istisqa ' (mohon hujan) sebagai salah satu usaha bagi menghalang pencemaran jerebu bertambah kritikal.

"Kerajaan Malaysia disarankan supaya mempercepatkan tindakan dan menggunakan segala teknologi serta kepakaran yang sedia ada bagi mengatasi masalah ini.


"Hal ini wajar diselesaikan dengan segera kerana mampu memberi kesan negatif yang cukup besar terhadap rakyat dan negara," tegasnya.

0 comments:

Advertise