Wednesday, May 29, 2013

Serah kepada rakyat jika Adun BN Perak lompat!

IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak melihat khabar angin mengatakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Perak akan 'melompat parti' menyebabkan kejatuhan kerajaan yang dipimpin Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir adalah satu perkara yang serius.

Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, peristiwa rampasan kuasa oleh BN pada awal Februari 2009 yang menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak tumbang perlu diambil pengajaran.

Menurutnya, Pemuda PAS tidak bersetuju sama sekali jika benar ada Adun BN yang akan melompat bagi menumbangkan kerajaan negeri di Perak.

“Kami berharap kepimpinan PR tidak mengulangi 'kemarahan rakyat' ketika kita pernah ditumbangkan dalam keadaan yang sama.

 “Jika ada ketidakpuasan hati Adun BN terhadap kepimpinan Zambry Abd Kadir, ianya adalah masalah diantara mereka dan tiada kaitan dengan PR sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Jelas Raja Iskandar, walaupun pelbagai cerita dan khabar angin tentang beberapa janji Zambry termasuklah janji untuk melantik Exco mengikut daerah-daerah namun ianya tidak direalisasikan.

“Beberapa Adun yang lebih 'senior' masih juga tidak dilantik termasuklah Adun Bota, Dato’ Nasarudin Hashim yang pernah melompat dan Adun Slim, Dato’ Khusairi Abdul Talib.

“Jika benar beberapa orang Adun BN ingin melompat, sepatutnya dikembalikan kepada rakyat iaitu memberikan usul tidak percaya kepada Zambry seterusnya membubarkan DUN Perak bagi diadakan Pilihan Raya Kecil peringkat negeri,” jelasnya lagi.

Tegasnya, cara tersebut adalah yang terbaik dan sewajarnya oleh Adun BN yang menolak kepimpinan Zambry dan peluang rakyat memilih kembali PR untuk memerintah Perak.


8 comments:

jgn mimpin le chor woi..adun umno nak melompat??? umno ada WANG. sogok 10 juta sorang dah selamat dah zambri. bukannye susah. lagipon kalo dia boleh melompat sekali pon x guna gak. sebab speaker umno x kan nak biyo DSN jadi MB. deme dah tentu x kan kasi usul "tidak percaya kepada Zambry" di bentangkan. ok ok...kate la speaker pon nak melompat dan speaker kata nak bubar dun perak buat prk lagi sekali. komen ingat SPR ni nak kasi ke? mampos x leh buat apa. usoh le nak berangan.

dulu kini dan sampai kiamat umno tetap akan berkuasa. selagi mana seluruh badan2 berkepentingan awam ni umno yg jaga...

Allah sekalipon x boleh tumbangkan umno di bumi malaysia ni kecuali turunnya imam mahadi. itu je jawabnye

bawa mengucap balik sape yang cakap allah x boleh tumbangkan umno..ikut hukum spa cakap macam tu dah kira murtad.segera pegi rujuk alim ulamak kalau nak bersihkan diri dari murtad..sekadar nasihat..

Btol 2 ..ckp biar blandaskan agama

Btol 2 ..ckp biar blandaskan agama

Tak de dalam dunia ni satu parti boleh kekal lama. Baca sejarah, baca quran. Jgn taksub sgt

Mudahnya mngluarkn kata2 anon 12.01... Xtakut sesat keee..... "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."

AL-Hujurat Ayat 6

Advertise