Demikian tegas Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Zawawi Abu Hassan dalam satu kenyataannya hari ini,
Menurutnya, Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU12) adalah sejarah hitam bagi Perak apabila ada di kalangan wakil rakyat PKR sendiri telah lompat parti.
Kata beliau,ianya merupakan pengajaran untuk Pakatan Rakyat di Perak secara umum dan PAS di Perak secara khusus untuk lebih berhati hati dan berwaspada dalam soal pemilihan calon.
"PAS bergerak di atas dasar kepentingan Islam tanpa mengkhianati prinsip dan perjuangannya maka tindakan yang dilakukan adalah diteliti dan dikaji.
"Tindakan oleh AMK ini mencerminkan nilai pemikiran politik AMK masih tidak matang dan mudah untuk pihak lawan memperkotak katikkannya," jelasnya.
Adun Gunong Semanggol itu berkata, seandainya DAP boleh menghormati segala permuafakatan dalam Pakatan Rakyat maka selayaknya PKR juga mencontohi nilai budaya politik mereka agar tidak tersasar daripada landasan matlamat sebenar.
"Apabila Ketua AMK berani memburukkan dan menuding jari kepada Presiden PAS tanpa penjelasan secara rundingan bersama maka ia boleh diertikan sebagai tuduhan melulu. Sikap dan tindakan ini amat sukar diterima oleh para ahli PAS," jelasnya lagi.
3 comments:
salam, saya yg tidak berparti tapi menyokong pakatan rakyat juga tak dapat terima tindakan tuan presiden yg juga menuduh melulu tanpa usul periksa
Fadzil
dua dua mangkuk ayun... cerek kata kuali itam... oops x boleh pakai pasai depa guna cerek elektrik... kalau x setuju dlm mesyuarat... jgn jadi tukang angguk... lepas kat luar buat keputusan dan statement yang merepek...ada hikmah x menang putrajaya...kalau dak mungkin pakat jadi serupa haramjadah...
Rasanya masaalah ni bermula dari Presiden PAS. Sepatutnya tak perlula komen pasal jual pil kuda ka apa ka dekat2 nak PRU. Diam cukup. Presiden tu orang lama, sebelum nak kata apa pun pakai akal dulu sebab org lama ni banyak pengalaman. Nak tegur pun biarla cara berhemah.....
Post a Comment