Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir
Masduki menyifatkan, kemenangan yang diperoleh oleh BN adalah dengan cara tidak
sihat.
Menurutnya, BN khususnya Umno mengamalkan politik yang
sangat jijik dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.
“PRU13 ini adalah pilihanraya paling kotor dalam sejarah
pilihan raya di Malaysia dan ini sangat dikesali.
“Kita kalah dengan
cara fitnah, tohmah, rasuah, salah guna kuasa dan taktik kotor,” katanya.
Jelas beliau, rakyat disajikan dengan unsur rasuah
termasuklah pemberian pelbagai jenis bantuan seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysua
(BR1M) di saat hampir pilihanraya.
Pemberian disaat pilihanraya itu ternyata memberi kesan
terutama golongan masyarakat kurang berkemampuan yang bergantung harap kepada
kerajaan.
“BN terus mendidik rakyat untuk terus bergantung harap
kepada kerajaan dan mendakwa hanya BN yang mampu membantu masyarakat,” jelasnya
lagi.
Mengulas lanjut, beliau menjelaskan,BN juga telah menyebar
pelbagai fitnah yang tidak bertanggungjawab khususnya berunsur perkauman dan sentimen
agama.
Misbahul berkata, fitnah berkenaan kerjasama PAS dengan DAP
sangat memberi kesan kepada masyarakat yang takut melakukan perubahan setelah
dimomokkan dengan pelbagai persepsi dan andaian.
Rakyat katanya takut untuk mengundi Pakatan Rakyat apabila sentimen
perkauman diwujudkan dengan mengatakan jika Pakatan Rakyat memerintah, kuasa
melayu akan habis dan Cina akan berkuasa.
“Momokan seperti ini telah menyebabkan rakyat takut untuk
membuat perubahan walaupun pada mulanya berhasrat berbuat demikian bagi mengubah
tampuk pemerintahan.
“Taktik buruk sedemikian sangat memberi kesan apabila BN
menggunakan pelbagai ruang yang ada termasuklah di media massa untuk
mempengaruhi masyarakat,” katanya lagi.
7 comments:
terlalu kotor dan jijik malahan ianya membawa kepada dosa dan wang gaji yg haram utk keluarga. NAUZUBILLAH!!! Semoga Allah melindungi kita dari dugaan begini. Amin
Abih tu kalau ko dah tahu kotor , apesal tak jawab tohmahan..tak jawab fitnah, aku tengok takde satupun bahan kempen PAS jawab fitnah UMNO..
Mangkok ayun mana ni..??dh terang lg bersuloh..hang jengok2 le opah midah hang tu..
Ramai yang ingat yang haram tu babi ngan anjing je....tak terpikir ke yang gaji, elaun, upah boleh jadi haram jugak kalau tugas dan amanah tak dilakukan dengan betul....kesian tgk SPR yang jual nasi lemak tu....elok bertudung tutup aurat....tapi duit gaji yang dterima yang sepatutnya halal jadi haram....sama je polis ke, penulis blog umno ke, drebar bas pengundi hantu ke....apa bezanya dengan dapat gaji kerja kat kilang arak san miguel???....
Aku rase yg nak Islam n elegik kpd islam ni buleh nampak dah. Yg tak paham islam pun lg ramai. Seruan teman elok le semua orang baik BN khasnya umno dan PR khasnya PKR mau Pas supaya merujuk buku 'apa erti sya menganut islam' tulisan Fathi Yakan.
Kalau tidak silap, cadangan BR1M itu datang dari PR di mana rakyat mahu wang secara terus dari kerajaan. PR mahu semua rakyat merasai kek ekonomi walaupun sedikit. Daripada dibelanjakan ke atas projek2 pembangunan kerana rakyat tidak dapat faedah secara langsung. Dengan BR1M setiap rakyat akan merasa. Keluarga saya bukan orang yang berada dan bagi kami jumlah yang diberikan memang membantu melainkan mereka yang berpendapatan tinggi. Orang2 muda zekarang tidak pernah merasa kesusahan zaman dahulu.
Tomahan UMNO dan fitnah telah dijawab..namun orang UMNO mana nak percaya kerana hidup dan matinya untuk UMNO sahaja. Orang UMNO yang pi dengar ceramah PAS hanya pi tengok tapi tidak mahu berfikiran terbuka. Contoh mudahnya ialah PR nak beri pendidikan percuma dia tak mahu. Tol dikaji untuk turun dan harga kereta lebih murah dia masih tak mahu..Nak hapusakan AES orang UMNO masih lagi mahukan AES. Apa barang lu orang?
Post a Comment