IPOH: Rakyat perlu bangkit daripada terus ditipu!, kata Ketua Umum KeAdilan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Himpunan Black 505 peringkat negeri Perak yang berlangsung di Perkarangan Pejabat Parti KeAdilan Rakyat Negeri Perak, Medan Istana Ipoh, 12 Mei lalu.
Tegasnya, Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu adalah proses pilihanraya paling kotor dalam sejarah Negara ini.
Menurutnya, kekalahan bukanlah perkara baru bagi Pakatan Rakyat khususnya PAS dan DAP yang telah lama berjuang sejak merdeka lagi namun kali ini penipuan berlaku dengan amat dahsyat.
“Kami sudah biasa ditipu dalam pilihanraya namun pada kali ini (PRU13) penipuan berlaku dengan sangat dahsyat sekali dan rakyat perlu bangkit menuntuk hak pilihanraya yang adil,” katanya dihadapan ribuan hadirin.
Jelas Anwar, protes sedemikian bukan bermakna Pakatan Rakyat tidak dapat menerima kekalahan tetapi rakyat tidak sangup terus ditipu oleh BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Kami bukan tidak mahu terima kekalahan tetapi rakyat tidak mahu terus tertipu, jika tidak bangkit penipuan akan terus berlaku dan mereka akan terus kekal berkuasa.
“Jika tiada penipuan, negeri ini (Perak) sudah pasti akan dimenangi oleh Pakatan Rakyat,” tegas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Sebelum itu, pimpinan Pakatan Rakyat di peringkat pusat dan negeri turut berucap sambil menunggu kehadiran Anwar.
Kira-kira 50,000 rakyat pelbagai bangsa dan kaum di seluruh negeri Perak hadir di Himpunan Blackout 505 semalam menyebabkan Bandaraya Ipoh penuh sesak.
Perak adalah destinasi ke tiga setelah berjaya mengumpul ratusan ribu rakyat di Stadium Kelana Jaya, Selangor dan di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.
Suasana berlangsung dengan penuh suasana cukup meriah dengan laungan ‘hidup rakyat’, ‘SPR Tipu’ dan sebagainya disamping bunyi tiupan vuvuzela.
OPR NAIK, RAKYAT TERBEBAN
1 year ago
0 comments:
Post a Comment