Wednesday, April 3, 2013

TERKINI! PAS sah tanding di Perak


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau akan bertanding di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang dijadual berlangsung waktu terdekat susulan pembubaran Parlimen hari ini.

Menurutnya, pemilihan Perak adalah untuk melonjakkan sokongan rakyat di negeri tersebut.
"Saya mengisytiharkan saya bertanding di Perak. Saya mahu melonjakkan semangat rakyat di sana," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Sidang media itu diadakan kira-kira enam jam selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen.

Anwar berkata, beliau juga akan mengadakan pertemuan sehari esok bagi mengelakkan salah faham di kalangan penyokongnya di Permatang Pauh.

Sambil menekankan Pulau Pinang adalah kubu kuat Pakatan Rakyat, Anwar berkata, beliau yakin dengan sokongan rakyat yang diberikan sejak dahulu akan diteruskan.

Dua minggu lalu, Anwar berkata, beliau sedang mempertimbangkan untuk bertanding sama ada di Perak ataupun Selangor.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, beliau akan memulakan 'pembujukan' ke atas rakyat di kawasan Parlimen yang memberi kemenangan kepadanya sepanjang tiga dekad lalu untuk 'pergi' ke Perak.

Beliau juga menyatakan keyakinan terhadap penerimaan rakyat dengan alasan yang diberikan dan percaya akan terus diberi sokongan walaupun akan bertanding di tempat lain.

"Saya akan pujuk mereka, saya percaya mereka akan faham dan melepaskan saya," katanya lagi.

Anwar yang tidak bertanding pilihan raya umum  1999, 2004 dan 2008, kembali menjadi wakil rakyat kawasan itu menerusi pilihan raya kecil Ogos 2008.

Beliau mengekalkan kerusi itu sehingga 1999.

0 comments:

Advertise