Friday, April 19, 2013

TERKINI: PAS Perak umum senarai penuh calon



IPOH: PAS Negeri Perak telah mengumumkan secara rasmi keseluruhan calon-calon yang akan bertanding dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Pengumuman tersebut diadakan serentak bersama-sama ketiga-tiga komponen Pakatan Rakyat dalam satu majlis di Ipoh, malam ini.

Sebelum ini PAS telah mengumumkan beberapa calon dalam satu majlis pra pengiystiharan di Pasir Panjang, Lumut minggu lalu iaitu Ustaz Idris Ahmad (Bukit Gantang), Dato’ Seri Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Ustaz Nazri Din (Kubu Gajah) dan Hajjah Rohawati Abidin (Pasir Panjang).

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar dalam ucapannya sebelum pengumuman tersebut berkata, PAS menampilkan ramai muka baru serta mengekalkan muka-muka lama.

Ianya katanya terdiri daripada pelbagai golongan dan bidang termasuklah doktor, juturera, bekas pegawai tinggi kerajaan dan ustaz serta para alim ulama’.

Beliau menjelaskan, PAS sudah lama bersedia dan selesai memilih calon-calon yang dipertandingkan, namun PAS mahu mengisytiharkan serentak dengan calon-calon daripada DAP serta PKR atas dasar kesepakatan dan kesepaduan Pakatan Rakyat.

Hadir sama ialah Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Dato’ Seri Nizar Jamaludddin, Pengerusi DAP Negeri, Dato’ Ngeh Koo Ham, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Perak, D Mohdr Nur Manuty serta ribuan rakyat yang datang dari seluruh pelusuk negeri.

Berikut adalah senarai penuh calon PAS di parlimen dan Dun yang diamanahkan untuk bertanding:

Bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)

DUN N05 SELAMA
Ust. Mohd Akmal bin Kamaruddin
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS (Guru)


DUN N06 KUBU GAJAH
Mohd Nazri bin Din
Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Perak / Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut
Ahli Perniagaan


DUN N08 TITI SERONG

Ust. Abu Bakar bin Hussain
Pesuruhjaya PAS Perak
Pesara Guru


DUN N11 GUNUNG SEMANGGOL
Ust. Mohd. Zawawi bin Abu Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Perak
Guru


DUN N12 SELINSING
Haji Husin bin Din
Timb. YDP PAS Kawasan Bagan Serai
Adun Selinsing


DUN N14 CHANGKAT JERING
Dato Seri Ir. Haji Mohamad Nizar bin Jamaluddin
AJK PAS Pusat/Timb. Pesuruhjaya PAS Perak/ YDP PAS  Kawasan Kampar
Adun Pasir Panjang/Ahli Parlimen Bkt Gantang


DUN N15 TRONG
Ust. Norazli bin Musa
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak / YDP PAS Kawasan Ipoh Barat
Aktivis Parti Sepenuh Masa


DUN N16 KAMUNTING
Ust. Mohamad Fakhrudin b. Hj Abdul Aziz
YDP PAS Kawasan Taiping
Ahli Perniagaan


DUN N19 CHENDEROH
Dr.(H) Mohamad Azalan b. Mohamad Radzi
Naib YDP PAS Kawasan Padang Rengas
Doktor Homeopathy


DUN N20 LUBUK MERBAU

Haji Mohd Zainudin bin Mohd Yusof
AJK Badan Perhubungan PAS Perak
Adun Lubuk Merbau


DUN N21 LINTANG
Mej (B) Ir. Hj Ahmad Mazlan bin Othman
Setiausaha PAS Kawasan Sg. Siput (U)
Jurutera Perunding


DUN N23 MANJOI
Haji Asmuni bin Awi
Pengarah Pilihanraya PAS Perak
Peguam


DUN N35 MANONG
Haji Jamil Bin Haji Dzulkarnain
AJK PAS Kawasan Kuala Kangsar
Pesara Bank


DUN N36 PENGKALAN BHARU

Dr. Khairuddin bin Abdul Malik
YDP PAS Kawasan Tambun
Doktor Perubatan


DUN N38 BELANJA

Dr. Najihatussalehah binti Haji Ahmad
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak
Doktor Perubatan


DUN N43 SUNGAI RAPAT

Radzi bin Zainon
Timb. YDP PAS Kawasan Gopeng
Ahli Perniagaan


DUN N47 AIR KUNING

Dr. Ahmad Razi bin Othman
AJK PAS Kawasan Tapah
Doktor Perubatan


DUN N49 KAMPUNG GAJAH

Ishak bin Saari
AJK PAS Kawasan Pasir Salak
Usahawan


DUN N51 PASIR PANJANG
Puan Rohawati binti Abidin
Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Lumut
Ahli Perniagaan


DUN N53 RUNGKUP

Ust. Mohd Misbahulmunir bin Hj Masduki
Timb. Pesuruhjaya PAS Perak / YDP PAS Kawasan Bagan Datoh
Aktivis Parti Sepenuh Masa


DUN N56 CHANGKAT JONG
Haji Mohd Anuar bin Sudin
Bendahari PAS Kawasan Teluk Intan
ADUN Changkat Jong


DUN N58 SLIM
Haji Aminuddin bin Zulkipli
YDP PAS Kawasan Tanjung Malim
Peguam



Bagi kawasan Parlimen


PARLIMEN P54 GERIK

Norhayati binti Kassim
Ketua DMP Kawasan Gerik
Ahli Perniagaan


PARLIMEN P55 LENGGONG

Haji Razman bin Zakaria
Timb. Pesuruhjaya PAS Perak / YDP PAS Lenggong
Ahli Perniagaan


PARLIMEN P56 LARUT

Dato’ Fauzi bin Shaari
Bekas Pengarah JSJ PDRM


PARLIMEN P57 PARIT BUNTAR
Dr. Mujahid bin Yusof
AJK PAS Pusat / Timb. Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang
Ahli Parlimen Parit Buntar


PARLIMEN P59 BUKIT GANTANG

Ust. Idris bin Haji Ahmad
AJK PAS Pusat
Ahli Politik & Guru Agama


PARLIMEN P67 KUALA KANGSAR

Drs. Khalil Idham Lim bin Abdullah
AJK Badan Perhubungan PAS Perak
Adun Titi Serong


PARLIMEN P69 PARIT

Ust. Muhammad Ismi bin Mat Taib
YDP PAS Kawasan Parit
Ahli Perniagaan

1 comments:

Since the admin of this website is working, no hesitation very quickly it will be
well-known, due to its quality contents.

Feel free to visit my blog post; Garcinia Cambogia

Advertise