Saturday, April 6, 2013

Sungai Siput: MIC tolak calon boleh menang



IPOH: Badan Perhubungan PAS Negeri Perak melihat kenyataan Datuk Seri G. Palanivel, Pengerusi MIC Perak yang juga Presiden MIC Pusat menolak Datuk Seri S. Samy Vellu sebagai calon Sungai Siput amat mengejutkan.

Ini kerana Samy sendiri telah memaklumkan sebelum ini bahawa dia adalah 'winable candidate'.

"Adakah calon baru yang bakal diketengahkan oleh MIC untuk kerusi Parlimen Sungai Siput adalah calon boleh menang? Adakah juga Datuk Seri Palanivel sebagai calon boleh menang?" soal Dr Ahmad Nuri Al Amin, Ketua Penerangan PAS Perak.

Bagi Nuri, sepatutnya Palanivel yang juga Pengerusi MIC Perak perlu mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Siput dan bukannya menyerahkan kepada calon lain.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan kenyataan Palanivel ini sebagai sebahagian pertembungan terbuka yang kini berlaku di dalam MIC Perak.

Selepas ini beliau yakin ia akan berlaku pula di dalam Komponen Barisan Nasional (BN) yang lain termasuk sekutu baru mereka Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas yang menyokong BN.

"Ini membuktikan BN terutamanya di Perak masih gagal menyelesaikan isu pembahagian kerusi sehingga kini," katanya.

Calon boleh menang juga sehingga kini masih tidak dapat dijumpai oleh BN atas faktor-faktor ketidak telusan yang sehingga kini dapat rakyat lihat terutamanya isu salahguna kuasa, rasuah dan kronisme yang masih tidak mampu diselesaikan oleh BN.

0 comments:

Advertise