IPOH: Tindakan lebih 60 orang ahli Umno bertanding atas tiket bebas dalam Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) ini membuktikan kemelut dalaman parti itu dalam keadaan sangat kritikal.
Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin berkata, setakat maklumat yang diterima, 7 daripada 15 calon bebas yang bertanding di negeri Perak adalah dari kalangan ahli dan pemimpin Umno.
Menurutnya, maklumat yang diterima itu mengesahkan keahlian ketujuh-tujuh calon itu termasuk nombor ahli dan cawangan mereka.
Kata beliau, 7 calon tersebut ialah Abdul Latif Masud (Bagan Serai), Halidi Wahab (Gunong Semanggol), Zulkefli Ibrahim (Changkat Jering), Jahiddin Isa (Bukit Chandan), Ahmad Nizam Ibrahim (Pengkalan Bharu), Mior Azman Aminuddin (Sungai Rapat) dan Dato’ Kamilia Ibrahim (Kuala Kangsar).
“Tindakan mereka (bertanding bebas) ini menggambarkan betapa Umno sedang berdepan dengan kemelut dalaman yang sangat kritikal dan dasyat,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini, hari ini.
Hadir sama Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, Mohd Fitri Asmuni dan Safarizal Saleh.
Beliau menjelaskan, tindakan tersebut disebabkan ramai ahli akar umbi yang tidak bersetuju dengan calon-calon yang dipilih oleh Presiden Umno, Datuk Sri Najib Tun Razak.
Tindakan bertanding calon bebas itu katanya adalah satu cara untuk ahli menunjukkan protes mereka terhadap pucuk pimpinan parti yang dilihat tidak menghormati suara ahli parti.
“Ramai pimpinan yang sudah lama menjalankan gerak kerja dan sudah dikenali masyarakat namun pada saat-saat akhir nama mereka tidak dicalonkan.
“Tindakan ini ternyata menggambarkan BN tidak menghormati usaha pimpinan kawasan dan memilih calon yang dipilih atas dasar kroni,” jelasnya lagi.
Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, dalam konteks Perak terbukti Umno mempunyai masalah besar untuk memberi keyakinan serta kesetian ahli kepada setiap keputusan yang dibuat.
Ini kerana katanya mungkin disebabkan golongan yang berkuasa di dalam parti telah menggunakan kesempatan untuk menaikkan kroni mereka untuk kepentingan tertentu.
“Kami yakin, rakyat dapat menilai apa yang sedang berlaku di dalam BN khusunya Umno yang bergolak ketika ini.
“PAS Perak mengucapkan tahniah kepada calon-calon bebas dari kalangan ahli Umno kerana berani membuat perkara drastik demi memperjuangkan suara akar umbi,” jelasnya lagi.
3 comments:
Adakah mungkin ini adalah sandiwara BN untuk membendung undi dari jatuh ke Pakatan Rakyat?
Yeap, perlu diperiksa adakah sandiwara,
mungkin jugak. cth nya pasir mas. mgkin sbb nk cover ibrahim ali drpd parti komponen dlm bn sendiri. sbb dy kan outspoken. lntang dlm hal bangsa ni. jd korban kan sorang sbb nk naik kan ibrahim ali secara x lagsung. wallahua'lam.
Post a Comment