Monday, April 15, 2013

PR lancar manifesto terbaik untuk rakyat

Pakatan Rakyat Perak dalam manifesto yang dilancarkan hari ini menawarkan bantuan sebanyak RM760 sebulan untuk membasmi kemiskinan tegar, selain usaha untuk mewartakan tanah masyeakat Orang Asli dan juga mengadakan pemilihan di peringkat ketua kampung.

Manifesto yang dilancarkan melalui satu tayangan klip video di Ipoh hari ini juga menggariskan janji untuk menubuhkan tabung pendidikan khas dan pengupayaan belia India dan Orang Asli dengan peruntukan RM5 juta setahun.

NONEPengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam ucapannya berkata, mereka berjanji akan memajukan kaum Orang Asli yang selama ini tersisih, di samping memastikan Perak menjadi sebuah negeri yang terkaya dalam negara.

"Kaum Orang Asal akan di majukan dan bawa mereka kepada arus perdana agar jadi rakyat yang berkaliber. Selama 55 tahun Umno tadbir, Orang Asal masih begitu. Kita akan pastikan Orang Asal menikmati kemajuan bersama rakyat Perak yang lain.

"Kita juga telah lama mimpikan Perak ke tahap yang tertinggi dan sebuah negeri yang berwawasan dan terkaya. Kita sebenarnya sebuah negeri yang terkaya dalam negara. Tapi sekarang jadi negeri ketiga termiskin," katanya semasa majlis pelancaran manifesto itu.

Selain itu, Pakatan Perak juga akan memberikan peruntukan kepada setiap kawasan DUN sebanyak RM250 ribu setahun tanpa mengira fahaman politik bagi projek-projek kecil dan program kebajikan rakyat.

NONEPeruntukan khas tahunan sebanyak RM2 juta, anugerah integriti dan program latihan untuk kakitangan kerajaan juga akan diberi sebagai usaha membanteras rasuah, katanya.

"Untuk penjawat awam, kita ada peruntukan kepada penjawat awam. Mereka dulu dapat merasai perbezaan 55 tahun ditadbir BN dan juga 11 bulan Pakatan Rakyat.

"Manifesto Pusat (Pakatan Rakyat) lebih elok jadi kita juga janjikan benda sama kepada manifeso Perak dan ianya akan jauh lebih baik dari (manifesto) BN," kata Nizar lagi.

Selain itu, bagi usaha memperkukuhkan integriti dan amalan demokrasi, di dalam manifesto itu juga, Pakatan Perak berjanji akan mengisytiharkan harta bagi ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri.

Dalam manifesto itu juga, Pakatan berjanji untuk tidak menaikkan cukai tanah, cukai pintu dan kadar air untuk tahun 2014 hingga 2018.

Pakatan juga berjanji memberi air percuma sebanyak 20 meter padu bagi keluarga berpendapatan isi rumah kurang daripada RM1000 sebulan juga akan diberi.

Turut ditawarkan, surat hak milik kekal kepada warganya yang menduduki lot kediaman di kampung tersusun, kampung baru dan peneroka kampung tradisional.

Kakitangan kerajaan negeri dan syarikat berkaitan kerajaannya pula ditawarkan gaji minimum sebanyak RM1100.

0 comments:

Advertise