Friday, April 19, 2013

Polis digesa dedah individu yang akan buat kecoh



IPOH: PAS Perak hari ini menggesa pihak polis agar mendedahkan maklumat individu di Perak yang disyaki akan menimbulkan kekecohan sepanjang tempoh berkempen pada Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) ini.

Perkara tersebut merujuk kepada kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam akhbar Berita Harian 11 April lalu.

Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh berkata, pihaknya sangat kesal dengan kenyataan ini kerana ianya telah menimbulkan ketakutan kepada rakyat.

Menurutnya, pihak polis seharusnya membuat  tindakan pencegahan segera dan bukannya membuat kenyataan sedemikian yang memberikan gambaran seolah-olah terdapat masalah serta krisis keselamatan semasa proses pilihanraya ini.

“Polis perlu mendedahkan maklumat identiti yang dikatakan akan menimbulkan kekecohan dan bukannya hanya menimbulkan keraguan kepada masyarakat,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini hari ini.

Jelas beliau, kenyataan sedemikian sudah tentu membimbangkan masyarakat yang sangat mengharapkan tiada sebarang kekecohan berlaku.

0 comments:

Advertise