Thursday, April 4, 2013

Peluang Pekerjaan di Perak: Betul ke Zambry ni?


IPOH: PAS Negeri Perak sangat terkejut dengan papan tanda propaganda yang memaparkan tentang 55,000 peluang pekerjaan yang telah diwujudkan oleh kerajaan BN sejak rampasan kuasa 2009.

Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh berkata, angka yang dipaparkan ternyata tidak benar dan mengelirukan.

Menurutnya, PAS mempersoalkan adakah Zambry telah benar-benar berjaya mengotakan janji menyelesaikan pengangguran dan masalah pekerjaan rakyat di Perak.

Kata beliau, berdasarkan statistik pengangguran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM) jelas menunjukkan perbezaan jumlah yang begitu ketara jika melihat apa yang dinyatakan di papan tanda tersebut tentang pencapaian sejumlah 55 ribu pekerjaan di Perak.

“Ini bermakna di Perak sudah tiada pengangguran atau istilah ‘sifar penganggur’ kerana telah mencapai melebihi angka pengangguran sedia ada jika benar jumlah 55 ribu yang dimaksudkan.

“Adakah benar paparan papan tanda besar yang telah di pasang di Perak kini?,” katanya kepada Harakahdaily, hari ini.

Mengulas lanjut, Salman menjelaskan, sepanjang Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak selepas rampasan kuasa dahulu, Datuk Seri Zambry seringkali menonjolkan jumlah-jumlah peluang pekerjaan di Perak.

“Adakah Datuk Seri Zambry berbohong di dalam perkara ini? Adakah benar isu pengangguran di Perak telah Berjaya diselesaikan?

“Kami mendesak agar Datuk Seri Zambry membentangkan data-data rasmi yang membuktikan memang benar masalah isu pengangguran telah berjaya di atasi.

“Bagi kami Datuk Seri Zambry cuba mengaburi mata rakyat terutamanya yang masih menjadi pengangur,” jelasnya lagi.

0 comments:

Advertise