Wednesday, April 17, 2013

PAS Perak dakwa BN nafikan suara anak muda


IPOH: PAS Perak menyifatkan BN telah menafikan hak suara anak muda dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, walaupun BN cuba membuat perubahan dengan meletakkan muka-muka baru, tetapi Pengerusi BN Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir gagal meletakkan calon-calon muda yang berwibawa.

Menurutnya, beliau sangat terkejut setelah mengetahui Ketua Pemuda Umno merangkap Pengerusi BN Perak, Khairul Azwan Harun tidak dicalonkan dalam pilihanraya kali ini.

Jelasnya, PAS mempersoalkan adakah Khairul Azwan bukan dilihat calon ‘winnable candidate’ sedangkan beliau dilihat seorang yang wibawa.

“Kalau kita lihat, background beliau cukup baik, maklumlah beliau belajar di UK dan kami dapat maklumat dia seorang ahli perniagaan yang berjaya.

“Beliau boleh ada kereta-kereta mewah yang banyak, rumah banglo besar menelang belanja kira-kira RM1.8 juta dalam usia yang cukup muda.

Ini bermakna beliau seorang yang berwibawa,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak dekat sinit, hari ini.

Hadir sama ahli jawatankuasanya, Salman Saleh, Ustaz Hakim Mohd Nor, Safarizal Saleh dan Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin.

0 comments:

Advertise