Monday, April 22, 2013

PAS dedah Hamidah disiasat SPRM

IPOH: PAS Perak hari ini mendedahkan seorang calon Umno-BN yang pernah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, individu tersebut adalah bekas Exco Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Hamidah Osman yang dicalonkan sekali lagi di Dun Sungai Rapat.

Menurutnya, Hamidah disiasat atas berhubung isu billboard elektronik beberapa bulan lalu.

“Sebelum ini PAS Perak sudah mendedahkan beberapa kali tentang ada dari kalangan exco kerajaan negeri yang disiasat oleh SPRM dan hari ini kami mendedahkan individu tersebut ialah Dato’ Hamidah Osman,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini hari ini.

Hadir sama ialah ahli jawatankuasanya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin, Safarizal Saleh serta peguam, Mohd Fitri Asmuni.

Jelas beliau, beberapa orang kanannya termasuklah adiknya, Hamizura Osman turut dipanggil oleh SPRM bagi membantu siasatan.

Pejabatnya di Bangunan Kerajan Negeri Perak juga katanya turut dihadiri oleh SPRM dan beberapa barangan termasuklah komputer riba dirampas untuk membantu siasatan.

“Kami mempersoalkan apakah status tentang kes ini yang sehingga hari masih belum ada kenyataan rasmi daripada SPRM,” jelasnya lagi.

Raja Iskandar berkata, PAS hairan adakah Pengerusi BN, Datuk’ Sri Najib Tun Razak benar-benar menapis sebaik mungkin calon-calon sebelum dipilih untuk menjadi calon.

Katanya, adakah Najib melihat Hamidah adalah calon ‘winnable candidate’ walaupun terpalit dengan isu rasuah sehingga menyebabkan beliau disiasat oleh SPRM.

“Masyarakat umum  khususnya di Dun Sungai Rapat mengetahui tentang masalah dan tingkah laku Hamidah yang bersikap provokatif termasuklah mengganggu ceramah PAS dan sebagainya tetapi ianya masih terpilih untuk menjadi calon.

“Tidak mustahil masih ada calon BN yang akan bertanding pada PRU13 ini tidak bersih dan mempunyai pelbagai skandal dan masalah,”jelas Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia.


0 comments:

Advertise