Saturday, April 20, 2013

LARUT: Dato' Fauzi ditentang 2 calon!


(Calon-calon PAS di Larut)

LARUT: Bekas Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari akan dicabar oleh 2 calon masing-masing daripada BN dan bebas.

BN akan diwakili oleh Datuk Hamzah Zainuddin manakala satu calon Bebas,Raveendran Vallikana yang akan menggunakan simbol bunga.

Pertarungan satu lawan satu dengan calon BN di ketiga-tiga Dun iaitu Selama, Kubu Gajah dan Kuala Kurau.

Ustaz Nazri Din (PAS) akan dicabar oleh Hasbullah Elias (BN) manakala Ustaz Akmal Kamaruddin (PAS) akan ditentang oleh Datuk Mohd Daud Mohd Yusof

Satu lagi Dun yang ditandingi PKR iaitu Kuala Kurau akan diwakili oleh Fadzil Alias dan akan ditentang oleh calon BN, Mohd Amin Zakaria

Suasana penamaan calon berlangsung penuh meriah.

Kira-kira 8 000 penyokong berarak satu kilometer ke pusat penamaan calon iaitu di Pejabat Tanah, Selama.

Sejak awal lagi para penyokong sudah mula berkumpul dan dimulakan dengan solat dhuha dan hajat bersama-sama calon.

Pada pilihan raya umum 2008 lalu, calon PAS iaitu Yang Dipertua PAS Larut, Dr Mohd Dhari Othman tewas kepada calon BN Hamzah Mohd Zain hanya dengan majoriti 1,911 undi.

Mohd Dhari mendapat 13,967 undi manakala Hamzah sebanyak 15,878 undi.

Dun Kubu Gajah, Nazri Din hanya tewas dengan majoriti 64 undi manakala Abu Husin Mohamad tewas dengan 355 undi di Dun Selama.

Mengikut demografi pecahan kaum, majoriti masyarakat di sini adalah Melayu (87.42%), Cina (5.99%), India (6.41%) manakala bakinya 0.17 % adalah lain-lain kaum.

0 comments:

Advertise