Sunday, April 28, 2013

Hamidah kebal daripada sebarang tindakan polis?


IPOH: PAS Perak mempersoalkan adakah Dato’ Hamidah Osman kebal daripada sebarang tindakan daripada pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh berkata, sehingga hari ini bekas Exco Kerajaan Negeri Perak tidak disabitkan sebarang tindakan walaupun pelbagai insiden yang dilakukan olehnya sebelum ini.

Katanya, pihak Hamidah sering mengganggu ceramah yang dianjurkan Pakatan Rakyat dengan mengadakan program bersebelahannya sehingga menyebabkan kacau bilau dan huru-hara.

Jelasnya, walaupun pihak Hamidah tidak mempunyai permit namun tindakan mereka direstui tanpa sebarang sekatan oleh pihak Polis.

“Kami hairan tiada sebarang tindakan daripada pihak Polis walaupun beberapa kali membuat laporan,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini, hari ini.

Hadir sama ialah ahli jawatankuasanya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin, Salman Saleh, Mohd Hakim Mohd Nor dan Safarizal Saleh.

Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Perak itu menjelaskan, pihak Polis berada ditempat kejadian dan merekodkan apa yang berlaku namun sehingga hari ini Hamidah tidak didakwa.

Jelasnya, pihak Polis sepatutnya memanggil Calon BN Dun Sungai Rapat itu bagi menjalankan siasatan lanjut.

“Baru-baru ini Hamidah didakwa menyerang Calon PKR parlimen Gopeng, Dr Lee Boo Chye dan kekecohan berlaku menyebabkan ada pihak polis yang berada di tempat kejadian turun dikasari.

“Pihak Polis ada di tempat kejadian, kenapa tiada tindakan selanjutnya? Soalnya lagi.

Tegasnya, PAS Perak mendesak pihak polis berlaku adil dalam menjalankan tanggungjawab mereka dengan adil tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

“Adakah pihak Polis tidak mampu untuk mendakwa beliau (Hamidah) kerana ada kuasa lain lebih tinggi?

“Adakah Hamidah kebal daripada sebarang tindakan undang-undang,” soal beliau lagi.
 

6 comments:

kasi jatuh PRU13 ni, lepas itu kita tengok sejauhmana kebalnya beliau

Kita perlu tahu sape yg ada d atasnye..buat le report sbyk mn pun..tk akn ada tindakanye..

DARIPADA ANALISIS YG SAYA BUAT, CALON PAS TIADA MASALAH UNTUK MENANG KALI INI DENGAN MAJORITI YG SELESA .. IN SYA ALLAH.

Penganas sulu d LD pun ramaiyg kebal,tapi mati juga..tengok lepas 5 mei ni nanti..kebal tak kebal.Jgn anggap Polis tak adil..kerana ramai juga spesis mcm ni tak diambik tindakan sebab dah ada lesen dari Tg Rambutan,jgn2 dah ada lesen kot..

Liv TylerThe system powers right up as soon as you've inserted the batteries and the Tom-Tom not only talks to the GPS system, but it also talks with the Nike system to update your running stats so that Cheap jordan shoes 2012 you can maintain a friendly rivalry with other members of your club and groups.[url=http://www.cheaptomsbuy.com]Cheap Toms[/url] Full grain side leather which is used to make the uppers for shoes is one of the most versatile of all leathers as well as being the most common. This type of leather is very durable and malleable while possessing the other desired characteristics of leather such as breathability. Are TOMS Shoes Hard to Return? [url=http://www.cheaptomssite.com]Cheap Toms Shoes[/url] What Makes Toms Shoes So Popular [url=http://www.tomsfans.com]Cheap Toms[/url] Where Can You Buy TOMS Shoes?
Relate Artcile

[url=http://www.snadai.com/bbs/combbs.cgi?mode=form]buycool toms men sh[/url]
[url=http://myvagabondways.com/?page_id=108#comment-228976]wholesalewonderful toms women shoes for cheap price[/url]

Kebal atau di pihak yang benar. Lihat 5 Mei nanti, PAS sanggup gadai kalimah Allah, setuju dengan LGBT, setuju memperlekehkan anggota keselamatan di Lahat Datu, setuju tiada negara Islam, berkawan dengan DAP tambah pahala dengan UMNO jadi kafir, sembahyang pun tak dapat pahala. Ya lah.. Nik Aziz tu atas sikit dari Allah Taala itu yang dia boleh tahu orang tu dapat pahala atau tidak.. Sebenarnya 1 undi PAS = 1 undi DAP. Nak tengok siapa yang K.O. nanti. Tunggu...

Advertise