IPOH: PAS Negeri Perak amat terkejut pendedahan tentang lima lelaki berketurunan Pakistan memiliki kad pengenalan warganegara Malaysia yang tinggal di Taman Hutan Melintang, Bagan Datoh.
Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin berkata, tindakan tersebut disifatkan usaha terdesak pihak tertentu untuk menang pada PRU13 nanti seperti yang pernah berlaku di Negeri Sabah.
Menurutnya, terdapat usaha pihak tertentu sejak tahun 1984 untuk memberikan taraf kewarganegaraan kepada warga asing bagi tujuan sebagai pengundi dan menang pada PRU13 nanti.
“Kami amat sedih terhadap pendedahan tersebut yang boleh disifatkan mencari kemenangan jangka masa pendek pihak tertentu.
“Apa yang dibimbangi adalah kedudukan peratus jumlah warganegara yang sudah mencecah di dalam kategori bangsa lain-lain selain bangsa Melayu, Cina dan India,” katanya.
Mengulas lanjut, Ustaz Nuri berkata, PAS mendesak agar Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memberikan penjelasan dengan segera kerana ianya secara tidak langsung membabitkan keselamatan Negara.
Ini kerana katanya, apa yang sedang berlaku tersebut memberikan gambaran bahawa yang akan menentukan kemenangan pada pilihanraya nanti adalah daripada warga asing yang diberikan taraf kewarganegaraan.
“Apa yang juga dibimbangkan, mereka juga sebenarnya sudah layak untuk diangkat sebagai pemimpin Negara atau negeri jika ianya benar-benar sedang berlaku sekarang ini.
“Jesteru, kami merasakan kekesalan dan sedih usaha jahat pihak-pihak tertentu ini sangguh menggadai tanah air kita demi masa depan politik secara singkat,” tegasnya lagi.
OPR NAIK, RAKYAT TERBEBAN
1 year ago
0 comments:
Post a Comment