Sayap dalam Dewan Muslimat PAS Pusat yang khusus untuk wanita muda berumur dari 21 hingga 40 tahun ini dirasmikan oleh Pengerusi Ameerah Pusat, Fareedah Samad di Markas PAS Tambun, Meru, Ipoh dekat sini 24 Februari lalu.
Fareedah berkata, Ameerah ditubuhkan adalah untuk memberi kesedaran kepada golongan wanita muda tentang politik dalam menentukan teraju kepimpinan Negara.
Menurutnya, ianya juga untuk mengiktiraf peranan wanita dan orang muda dalam melatari dan melengkapkan peranan kaum Adam dalam perjuangan politik dan pilihan raya di Malaysia.
“Pengundi muda khususnya golongan wanita sangat berperanan dalam PRU13 nanti dan justeru itu Ameerah akan memberi kesedaran kepada golongan ini agar mengundi serta menyokong PAS dan Pakatan Rakyat pada PRU13 nanti,” katanya dalam ucapan perasmiannya.
Dalam pada itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussolehah telah melantik kepimpinan Ameerah di peringkat kawasan.
Dengan nada sebak tanda terharu akan penubuhan itu, beliau telah memberi amanah kepada Siti Fatimah Hassan daripada Gopeng sebagai pengerusi di peringkat negeri.
Najihah ketika ditemui berkata, beliau sangat terharu dengan satu lagi sayap dalam kepimpinan Muslimat PAS negeri.
Katanya, ia memberi penyuntik semangat kepada jentera muslimat untuk bekerja lebih keras lagi dalam suasana pilihanraya semakin hampir.
“Saya sangat gembira dengan pelancaran ini dan ruang tersebut akan digunakan untuk mengasah bakat-bakat muslimat muda bagi bersedia untuk menerajui Dewan Muslimat kelak,” jelasnya.
0 comments:
Post a Comment