IPOH - Lima Adun DAP melalui peguam mereka akan mengeluarkan permohonan
membatalkan kes serta menuntut bayaran kos mahkamah selepas mereka
menerima salinan writ saman malu yang difailkan Speaker Dun Perak, Datuk
R Ganesan di Mahkamah Tinggi, di sini, kelmarin.
Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, setakat ini, semua Adun belum menerima salinan writ saman malu itu dan mereka masih menunggu untuk tindakan selanjutnya.
“Sejurus selepas menerima salinan writ saman malu itu, kami akan mengkaji tuntutan yang dibuat.
“Pada masa sama, kami akan memfailkan permohonan pembatalan kes memandangkan kenyataan beliau (Ganesan) seolah-olah tiada asas undang-undang,” katanya pada sidang media di Wisma DAP Perak.
Hadir sama, Adun Tronoh, V Sivakumar; Adun Buntong, A Sivasubramaniam dan Adun Sungkai, A Sivanesan.
Sementara itu, Sivakumar tidak menolak kemungkinan Ganesan bertindak demikian memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) semakin hampir.
“Tindakan beliau (Ganesan) memfailkan kes itu mungkin dengan harapan supaya mana-mana pihak tidak boleh buka mulut mengenai perkara berkenaan kerana ia akan dianggap ‘sub judice’ jika berbuat demikian,” ujarnya.
Katanya, mereka bertindak membuat laporan polis kerana tidak mahu nama baik institusi speaker dicemari tindakan pihak tidak bertanggungjawab.
“Kami sudah berunding dengan peguam dan akan mempertahankan tindakan sebelum ini,” katanya.
Kelmarin, Ganesan memfailkan writ saman malu berjumlah RM25 juta kepada lima pemimpin tertinggi DAP Negeri berhubung pendedahan rakaman video cakera padat (DVD) seks yang dikatakan mengandungi aksi beliau bersama seorang wanita di
Mahkamah Tinggi, di sini.
Writ saman difailkan peguamnya, menamakan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, Kor Ming, Sivakumar, Sivasubramaniam dan Adun Menglembu, Lim Pek Har sebagai defendan.

0 comments:
Post a Comment