IPOH: PAS Perak kesal dengan sikap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang seolah-olah tidak berlaku adil terhadap PAS dengan menutup mata dan melupakan segala sikap prasangka buruk yang dilakukan oleh BN khususnya Umno.
Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin berkata, pelbagai kepincangan yang berlaku termasuklah rasuah, ketirisan, serta penyelewengan dalam pemerintahan BN lebih 55 tahun namun tiada sebarang teguran den kenyataan yang dibuat oleh mufti itu.
"Malah Umno sebagai parti pembangkang di negeri-negeri pemerintahan Pakatan Rakyat juga tidak mengiktiraf usaha kerajaan negeri memajukan rakyat, bahkan berusaha untuk menyekat sumber royalti hak rakyat negeri itu dan menimbulkan pelbagai fitnah terhadap kerajaan Pakatan di saluran-saluran perdana milik kerajaan pusat.
Adakah mereka mengikut ajaran Islam yang sebenar? Adakah ini tidak lebih teruk dari Kafir?,” soal beliau.
Jelas Ahmad Nuri, seorang Mufti mesti bersikap adil kepada semua ummat dan tidak boleh prejudis pada golongan-golongan tertentu sahaja.
Ketika mengulas lanjut kenyataan Harussani yang mengatakan PAS lebih teruk daripada kafir, Ahmad Nuri berkata, sebagai mufti yang amanah mestilah melihat isu ini dari konteks yang lebih luas menjangkaui pandangan sempit BN.
Mengulas lanjut, PAS merasa kecewa kerana Harussani mendapat maklumat yang kurang tepat dan tidak merujuk terus kepada pimpinan utama PAS tersebut sebelum memberikan komennya.
Ujarnya, seorang Mufti seharusnya mendapat tasawwur dan gambaran sebenar satu-satu isu sebelum mengeluarkan hukuman.
“Adakah ajaran Islam mengajar umatnya agar tidak terlebih dahulu meniliti sebarang berita yang datang kepadanya?
“Kenapa Tan Sri Harussani sebagai seorang tokoh Islam yang disegani tidak merujuk terlebih dahulu kesahihan berita sebelum membuat kenyataan yang dianggap berat dan berpihak tersebut?,” soalnya lagi.
Katanya, sebagai contoh rakyat sering mendengar tentang beberapa kes saman fitnah yang dikenakan kepada Syarikat Akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini.
Ianya memberikan peringatan kepada kita bahawa tindakan tersebut memberikan satu kesan negatif kepada masyarakat oleh kerana satu pemberitaan yang dikeluarkan berunsur fitnah.
“Kami mengambil sikap sepertimana yang dianjurkan oleh ajaran Islam dan kami telah pun menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Tan Sri Harussani bagi menjernihkan suasana agar mendapatkan maklumat yang sebenarnya.
“Kami tidak mahu rakyat mencemuh Tan Sri Harussani kerana bersikap berat sebelah dan tidak adil sepertimana yang dituntut oleh ajaran Islam.
“Tan Sri Harussani perlu mendapatkan maklumat sebenar dan menilai setiap apa yang dilaporkan oleh media massa secara benar tanpa berpihak kepartian.
Jelasnya, PAS Perak telah mengambil pendekatan yang lebih terbuka dan adil dengan menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Tan Sri Mufti dalam masa terdekat dan sekarang masih menunggu respon daripada pihak Harussani bagi tujuan murni tersebut.
OPR NAIK, RAKYAT TERBEBAN
1 year ago
0 comments:
Post a Comment