Oleh Ajijoi
40,000 merupakan anggaran kehadiran yang bakal membanjiri Masjid Jamek Lama Gopeng Sabtu ini.
Ceramah agama yang akan diadakan selepas solat Maghrib oleh penceramah
tersohor masakini, Ustaz Azhar Idrus itu telah menarik minat orang ramai
untuk hadir pada hari tersebut.
Banner-banner ceramah dikatakan telah digantung disetiap daerah dinegeri Perak ini.
Pihak pengurusan Masjid Jamek Lama Gopeng telah bertungkus-lumus untuk
menjayakan program ceramah yang besar ini setelah menunggu giliran
mereka selama 2 tahun untuk mendapatkan Ustaz Azhar Idrus.
Keselesaan dan keselamatan pengunjung mendapat perhatian utama pihak
masjid. Kawasan sekeliling masjid telahpun dibersih dan ditambak untuk
menampung kebanjiran orang ramai yang dahagakan majlis ilmu daripada
'Ustaz Youtube' ini.
Orang ramai digalakkan untuk membawa sejadah dan kertas lapik mereka sendiri pada hari tersebut.
Pihak masjid juga telah menyediakan 3 layar gergasi untuk menampung
kehadiran yang ramai untuk mengikuti ceramah pada malam itu.
Bagi yang jauh dan tidak dapat hadir, pihak masjid akan menyediakan
siaran langsung secara live streaming yang boleh diikuti di
www.ustream.tv/channel/ceramah-gopeng
Biarpun beberapa percubaan telah dilakukan oleh pihak-pihak yang cemburu
dengan majlis ceramah agama ini, namun dengan kuasa Allah Taala segala
yang telah dirancang oleh pihak masjid selama ini bakal membuahkan hasil
buat semua.
Pengurusan tempat letak kereta telahpun mengenal pasti beberapa lokasi
yang sesuai dan berpuluh gerai menjual makanan dan barangan lain sedia
menanti kehadiran anda semua.
Bersamalah hadir ke majlis ini untuk menuntut ilmu daripada seorang penceramah yang begitu hangat masa kini.
OPR NAIK, RAKYAT TERBEBAN
8 months ago
0 comments:
Post a Comment