(Raja Iskandar membacakan kenyataannya kepada media selepas penyerahan memorandum)
IPOH: Ekoran dakwaan media Umno perlantikan Datuk
Seri Mohamad Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Perak kerana rasuah
dari Menteri Besar Kelantan, PAS Perak menyerahkan memorandum kepada
Istana Perak hari ini.
Penyerahan itu diketuai oleh Naib Ketua
Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Iskandar Alhiss dan Naib Ketua Dewan Ulamak PAS
Perak, Ustaz Ibrahim Zakaria.
Blogger Pisau.net sebelum ini
mendakwa Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat telah memberikan tanah kepada
DAP Perak untuk membolehkan Nizar dilantik sebagai MB.
Laporan itu kemudiannya dipetik berminggu-minggu oleh media Umno khasnya Utusan dengan menyerang Tuan Guru Nik Aziz.
Beberapa
hari lalu, blogger Pisau.net memasukkan 'ralat' dalam blognya bertajuk
"Pembetulan Fakta Tanah Ngeh dan Nga di Kelantan"
Dalam ralat itu, Pisau.net memasukkan fakta bahawa "Raja Nazrin sendiri yang melantik Nizar pada ketika itu".
OPR NAIK, RAKYAT TERBEBAN
1 year ago
0 comments:
Post a Comment