Wednesday, January 30, 2013

PAS mohon sultan ambil tindakan terhadap pimpinan Umno



KUALA KANGSAR: PAS Perak memohon Sultan Perak mengambil tindakan terhadap pimpinan Umno yang mendakwa perlantikan Dato’ Seri Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar adalah kerana rasuah membabitkan PAS Kelantan dengan pimpinan DAP Perak.

Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, beberapa pimpinan Umno Perak  telah membangkitkan isu ini dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang berlangsung pada 18 hingga 21 Disember 2012 yang lalu.

Katanya, mereka cuba membuat dakwaan bahawa perlantikan Dato’ Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak ke 10 yang lalu adalah kerana rasuah daripada PAS Kelantan dengan pimpinan DAP dan bukannya datang daripada perkenan daripada Tuanku Sultan.

 Menurutnya, tuduhan liar itu telah mencemar dan menghina institusi DiRaja yang berkuasa penuh dalam perlantikan menteri besar.

 “Ini adalah satu penghinaan dan memalukan rakyat negeri Perak dan mencemar institusi diraja yang bebas daripada pengaruh politik,” katanya kepada media selesai menyerahkan momerandum kepada Istana.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak menjelaskan, selepas keputusan PRU12 pada 2008 lalu, Sultan Perak telah memanggil ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat bagi melantik menteri besar.

Jelas beliau, Tuanku Sultan memohon setiap parti memberi satu nama cadangan untuk dilantik menjadi menteri besar dan akhirnya Tuanku memperkenan melantik Dato’ Seri Nizar Jamaluddin.

“Justeru apa yang telah diperkatakan dalam sidang DUN baru-baru ini jelas mencemarkan institusi DiRaja dan di atas perkenan Tuanku Sultan ketika itu.

“PAS Perak memohon Tuanku Sultan mempertimbangkan tindakan terhadap pimpinan Umno yang telah merosakkan nama baik institusi DiRaja,” tegas Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia itu.

Dalam perkembangan berkaitan, momerandum tersebut telah diserahkan kepada Dato’ Pengelola Bijaya Diraja Pejabat Duli Yang Maha Muli Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Dato’ Hj Shamsul Bahari di pejabatnya di Kuala Kangsar.

Hadir sama Naib Ketua Dewan Ulama’ PAS Perak, Ustaz Ibrahim Zakaria, Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Negeri, Safarizal Saleh serta Salman Saleh, dan Ketua Pemuda PAS Tapah, Ustaz Shamsul Anuar.

1 comments:

Nash Ar-Rawy ‏@Adnanrawa
http://nasharrawy.blogspot.com/2013/01/how-nation-is-sold-by-umno-mahathir-by.html … HOW D NATION IS SOLD BY UMNO-MAHATHIR! WAN AHMAD EC MUST RESIGN IMMEDIATELY ! http://www.nasharrawy.bogspot.com

Advertise