Penyokong Perak pertikai mutu pengadilan
Kehadiran anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), akhirnya berjaya menyuraikan para penyokong, kelmarin.
Penyokong Perak pertikai mutu pengadilan
Laman twitter Yob4ever dan Silver State Ultras.

LUMUT - Sebahagian penyokong Perak berhimpun di hadapan pintu masuk Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), setelah tamat aksi saingan Liga Super 2013 antara Perak dan Selangor, kelmarin bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap mutu pengadilan perlawanan berkenaan.

Difahamkan, penyokong tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil yang membatalkan dua jaringan Perak atas dakwaan pemain berada dalam posisi ofsaid.

Selain tu penyokong juga tidak berpuas hati dengan tingkah laku seorang penolong pengadil (penjaga garisan) yang didakwa telah menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong.

Bagaimanapun, tindakan pantas anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), berjaya menyuraikan himpunan berkenaan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Diharapkan agar perkara ini disiasat segera bagi mengenal pasti punca sebenar dan mencegah ia berulang.

Kemarahan penyokong bukan sahaja di dalam stadium malah berlarutan ke alam siber apabila tinjauan di twitter mendapati ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan pegawai perlawanan.

Beberapa penyokong mendakwa pengadil menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong antaranya Silver State Ultras melalui twitternya @ SSU2009 yang menyatakan pengadil menunjukkan jari tengah kepada penyokong Perak.Menurut yob4ver.com pula melalui twitter @yob4e, “Refree tunjuk “middle fingger” kat fan? tabik springggg..lu memang hebat... tp salah tempat...,” Mereka turut menambah “Zulkifli ahmad nama ref mlm nie. Tp awak hangin ngan linesman... bukan reff,”.

Sinar Harian