Friday, January 18, 2013

Adun Changkat Jong Prihatin


TELUK INTAN: Demi merealisasikan slogan DUN Changkat Jong, DUN Sejahtera, ADUN Changkat Jong YB Anuar Sudin kerap melakukan lawatan kawasan. Baru-baru ini, beliau telah melawat Kg. Sungai Samak bemula waktu petang.
YB Anuar bersama Mudir Sekolah Agama Rakyat Sg. Samak.
YB Anuar menyapa seorang pengunjung pasar Rabu.


YB Anuar menyantuni seorang warga emas.
Turut serta ialah Timbalan Ketua Muslimat kawasan yang juga merupakan isteri YB, Pn. hjh. Faridah Rajiah dan pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan dan PAS Cawangan Sungai Samak. Bermula dengan solat berjemaah di Masjid Kg. Sungai Samak, YB Anuar serta rombongan telah pergi ke Pasar Rabu. Sebelum itu, YB Anuar sempat melawat Sekolah Agama Rakyat Aziziah Kg. Sungai Samak. Beliau turut berkesempatan bertemu mudir sekolah agama tersebut.
Menziarahi warga emas yang uzur.

Puan Faridah mendengar rintihan.

Selepas itu, YB Anuar telah menziarahi  pasangan warga emas yang hidup melarat di mana suami pasangan tersebut telah terlantar begitu lama tanpa mendapat sebarang bantuan. Mereka tinggal di dalam sebuah rumah yang sangat uzur. YB Anuar telah menyampaikan sumbangan serta PAS Cawangan Sungai Samak telah merancang bergotong-royong bagi membaik pulih rumah tersebut.
Bersama penduduk di kedai kopi.


Singgah sebentar solat Maghrib di sebuah surau.
Kemudian, YB dan rombongan telah melawat seorang penduduk yang baru kembali dari menerima rawatan jantung dari Institut Jantung Negara. Sebelum pulang ke Teluk Intan, YB Anuar telah singah minum di sebuah kedai dan mengerjakan solat Maghrib di sebuah surau.
intanhijau.blogspot.com

1 comments:

caya la yb....nape x tgkap gambar aku tgah minum kat kdai wak limi ptg tu..truskan orjuangan

Advertise