Program yang turut disertai oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Gopeng, Ustaz Radzi Zainon tersebut diadakan di sekitar Taman Taufik, Sungai Rapat pada 3 Disember lalu.
Program edaran risalah dan santuni rakyat ini mendapat sambutan baik daripada penduduk setempat yang majoritinya berbangsa Tionghua.
Ketua Penerangannya, Omar Nasarudin Din berkata, dalam program kali ini, pihaknya fokus kepada sasaran kaum Tionghua iaitu bangsa kedua teramai di DUN Sungai Rapat yang ditandingi oleh PAS.
Menurutnya, dalam situasi sekarang, sokongan Tionghua terhadap PAS semakin meningkat berbanding semasa pilihanraya ke 12 yang lalu.
Kata beliau, setiap kali menganjurkan program bersama kaum tersebut, sudah pasti akan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dan ini menjadikan Umno sangat risau dengan sokongan pengundi cina yang semakin berkurang terhadap mereka.
Sementara itu, Richard Wong ketika ditemui berkata, kaum Tionghua tidak lagi takut kepada PAS dan ini sangat berbeza daripada situasi dahulu.
Beliau yang juga AJK DHPP Pusat berkata, kaum Cina tidak lagi menganggap PAS sebagai ancaman kerana mereka sudah lagi tidak tertipu dengan dakyah Umno yang cuba menakutkan orang bukan Islam terhadap PAS.
“PAS wajib menerangkan apa itu PAS, dan apa sebenarnya perjuangan Islam kepada Mereka.
“Mereka mahu mengenali Islam dan ini adalah tanggungjawab ahli PAS untuk berdakwah kepada mereka,” katanya kepada Harakah yang turut bersama-sama dalam program tersebut.
0 comments:
Post a Comment