Sunday, December 23, 2012

MANGSA AES: JUMPA PEGUAM PAS DI MAHKAMAH!


Badan Perhubungan PAS Negeri Perak melalui Peguam kami, Mohammed Zamri Ibrahim dan Mohd Fitri Asmuni akan membantu dan menyediakan khidmat guaman percuma kepada semua mangsa saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) jika mereka enggan membayar kompaun saman AES dan bersedia untuk menegakkan keadilan di Mahkamah.

Keduanya, kami mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) dan rakyat Malayisa amnya yang sama-sama membantah perlaksanaan AES sehinggakan Peguam Negara terpaksa mengarahkan agar saman AES dibekukan.

Memandangkan terdapat kepincangan di dalam perlaksanaan saman AES ini, kami menyeru kepada mana-mana individu yang telah menerima notis saman AES agar tidak membayar kompaun di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebaliknya melawan di Mahkamah.

Bagi mangsa-mangsa saman AES yang telah menyerahkan notis saman kepada pihak kami, diminta agar hadir ke Mahkamah pada tarikh yang telah ditetapkan walaupun perkembangan terkini menunjukkan saman-saman AES terhadap mangsa-mangsa saman AES tidak dibuat pertuduhan berikutan arahan pembekuan sementara pertuduhan di Mahkamah kerana saman tersebut masih tidak ditarik balik dan berkuatkuasa.

Akhirnya, untuk kes pertama di negeri Perak akan berlaku di Mahkamah Taiping pada 24 Disember 2012 ini. Untuk makluman, kami akan hadir bersama Haji Asmuni Awi yang juga Peguam PAS Pusat untuk bertemu dengan beberapa mangsa saman AES yang telah mengatakan kesediaan untuk melawan di Mahkamah.

Sekali lagi, kami mengingatkan agar semua mangsa saman AES agar hadir ke Mahkamah sepertimana yang telah ditetapkan dan membawa notis saman asal yang telah diterima sebelum ini.

0 comments:

Advertise