LENGGONG: Ziarah bertemu masyarakat pengundi di penempatan PPRT, kg. Air Jada di Parlimen Lenggong untuk mendekati dan melihat sendiri masyarakat disini yang masih jauh ketinggalan daripada arus pembangunan dan kemajuan yang dilaungkan oleh kerajaan Umno/Bn bagi mengeluarkan masyarakat berbangsa melayu keluar dari belenggu kemiskinan.
YDP Pas kawasan Lenggong, tn hj Razman Zakaria, gigih turun padang menyusuri masyarakat setempat yang berhadapan dengan berbagai masalah mengharungi kehidupan yang semakin sukar.
Keluhan masyarakat melayu disini sememangnya wajar diberi perhatian oleh pihak kerajaan supaya menunaikan permintaan dan tuntutan mereka, memandangkan peningkatan kos sara hidup yang terpaksa ditanggung oleh ketua isi rumah, yang kebanyakannya hanya berkerja kampung, berpendapatan kais pagi makan pagi, untuk menyara kos hidup seharian.
Penduduk PPRT Air Jada, melahirkan rasa kesal terhadap sikap pimpinan Umno yang seakan-akan langsung tidak memperdulikan nasib mereka yang masih memerlukan perhatian yang sepatutnya oleh pihak kerajaan.
Pada masa ini, tidak ada sebarang pengesahan hak milik lot tanah kepada peserta. Pemberian saham oleh FELCRA juga tidak diketahui jumlahnya yang sebenar menurut pengeluaran hasil tanah.
Peserta juga keliru, kiraan saham hasil pengeluaran diatas tanah diberikan untuk mereka, tidak setimpal dengan keluasan tanah diberikan.
Lebih mengecewakan, peserta yang bekerja diatas tanah mereka sendiri sebagai penoreh getah, dibayar upah yang sangat murah, setaraf upah pekerja-pekerja asing yang dibawa masuk daripada Thailand.
Sementara itu, penduduk di Kg. tradisional Kg. Air Jada, turut melahirkan kekesalan yang sama kerana tanah yang diduduki mereka sejak lebih 40 tahun masih tidak dianugerahkan pemberian hak milik oleh pihak kerajaan. Sedangkan, mereka ini terdiri daripada penyokong-penyokong kuat kerajaan Umno/Bn.
Tn hj Razman menyeru dengan sepenuh hati, terutamanya kepada semua masyarakat pengundi di Parlimen Lenggong dan rakyat negeri Perak supaya membuat perubahan pada pilihanraya umum akan datang, tukarlah kepimpinan Umno/Bn kepada Pakatan Rakyat.
Realiti sebenar, masyarakat di perkampungan tradisional orang melayu didaerah ini dan banyak lagi daerah-daerah di negeri Perak, masih berada dalam golongan miskin tegar yang tidak terbela kebajikan mereka oleh pemimpin kerajaan Umno/Bn
Tn hj Razman telah melihat sendiri, kemiskinan dan kesukaran yang dihadapi oleh masyarakat akar umbi. Sudah pasti, golongan seperti ini akan dibantu dan dibela nasib mereka, sekiranya Pakatan Rakyat diberi kepercayaan untuk menerajui kerajaan negeri.
Semua ketua rumah dan pengundi-pengundi yang diziarahi oleh tn hj Razman disini, diseru supaya membuat perubahan dengan memberi undi dan sokongan kepada calon-calon daripada Pakatan Rakyat dalan PRU-13 ini dan insya-Allah, sekiranya beliau diberi amanah oleh masyarakat pengundi, tn hj Razman akan memastikan semua kebajikan masyarakat disini akan dibela dengan sewajarnya.
0 comments:
Post a Comment