Wednesday, December 19, 2012

Hutang tidak salah jika untuk memperluas sumber


IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lubok Merbau, Zainuddin Mohd Yusof menjelaskan bahawa kerajaan berhutang dengan tujuan untuk memperluas sumber adalah satu kebaikan.

Menurutnya, kerajaan tidak sepatutnya berhutang untuk menyelesaikan serta membaiayai kos operasi dan pembangunan negeri.

Bercakap ketika membahaskan Bajet 2012 Kerajaan Negeri Perak, Mantan Exco Kerajaan Negeri itu menjelaskan, bajet pada kali ini hanya membelanjakan untuk menyelesaikan hutang yang sedia ada tanpa memikirkan kaedah menambah pendapatan negeri.

“Bajet sebenarnya adalah bagaimana untuk kita perkasakan ekonomi sedia ada serta kaedah untuk mewujudkan kekayaan hasil negeri bagi mengupayakan masyarakat di negeri ini,” jelasnya.

Zainuddin menambah, nisbah Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan hutang negeri tidak boleh lebih 55 peratus.

“Dakwaan hutang itu salah sesekali tidak betul jika tujuan berhutang adalah untuk proses melipat gandakan kekayaan dan sumber negeri,” tegasnya.

Dewan Undangan Negeri Perak (DUN) hari ini bersidang untuk hari kedua dan Adun Pakatan Rakyat mengambil peluang untuk membahas bajet serta membawa suara rakyat di kawasan-kawasan mereka.

0 comments:

Advertise