
Program yang turut disertai oleh Timbalan Yang
Dipertua PAS Gopeng, Ustaz Radzi Zainon tersebut diadakan di sekitar Taman
Taufik, Sungai Rapat pada 3 Disember lalu.
Program edaran risalah dan santuni rakyat ini
mendapat sambutan baik daripada penduduk setempat yang majoritinya berbangsa
Tionghua.
Ketua Penerangannya, Omar Nasarudin Din berkata, dalam
program kali ini, pihaknya fokus kepada sasaran kaum Tionghua iaitu bangsa
kedua teramai di DUN Sungai Rapat yang ditandingi oleh PAS.
Menurutnya, dalam situasi sekarang, sokongan Tionghua terhadap PAS
semakin meningkat berbanding semasa pilihanraya ke 12 yang lalu.
Kata beliau, setiap kali menganjurkan program bersama kaum
tersebut, sudah pasti akan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dan
ini menjadikan Umno sangat risau dengan sokongan pengundi cina yang semakin
berkurang terhadap mereka.
Sementara itu, Richard Wong ketika ditemui berkata, kaum
Tionghua tidak lagi takut kepada PAS dan ini sangat berbeza daripada situasi dahulu.

“PAS wajib menerangkan apa itu PAS, dan apa
sebenarnya perjuangan Islam kepada Mereka.
“Mereka mahu mengenali Islam dan ini adalah
tanggungjawab ahli PAS untuk berdakwah kepada mereka,” katanya beliau.
0 comments:
Post a Comment