Wednesday, November 28, 2012

USTAZ IDRIS AHMAD LANCAR VAN PUSAT KHIDMAT DUN KUBU GAJAH


Oleh: Muhammad Hasrul Qoorata

LARUT,Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad telah menyempurnakan Pelancaran Van pusat khidmat Dun Kubu Gajah yang dia adakan sempena ceramah penerangan di dataran pejabat pusat khidmat Dun Kubu Gajah dekat sini, 23 November lalu.
Hadir sama pada majlis ceramah pada malam ini  Dato Fauzi Shaari mantan Pengarah Siasatan Jenayah PDRM ,Ustaz Nazri Din ,Pengarah penyelaras Dun Kubu Gajah,serta  Yang DiPertua  PAS kawasan Larut Dr Mohd Dahri Othman.




Lebih 1000 masyarakat setempat yang terdiri  dari pelbagai kaum,terutama generasi muda hadir memeriahkan majlis ceramah penerangan dan pelancaran pada malam itu.
“Usaha PAS kawasan Larut untuk menawan Dun Kubu Gajah bagi PRU 13 nanti telah bermula dari awal lagi,pelancaran van ini merupakan salah satu komitmen bahawa PAS sedia tawan dun Kubu Gajah yang sebelum ini tewas hanya dibawah 100 undi sahaja kepada Umno”,kata Ustaz Nazri Din yang juga AJK pemuda PAS Pusat.


Ustaz Idris dalam ucapannya menyentuh ,bagaimana rakyat khususnya kaum melayu ,perlu sedar bahawa pengkhianatan Umno terhadap agama Islam dan bangsa melayu sudah lama.”kita lihat bagaimana pemimpin umno hipokrit ,siang mereka melaungkan  hidup melayu!,namun di malam hari  mereka jual tanah melayu”ujarnya yang merupakan Pengarah Tarbiah PAS Pusat.


Turut di adakan pada majlis itu penyampaian penghargaan kepada dua orang anggota Unit Amal saudara Abdul Rahim dan Muhammad Adib kerana  mereka telah membantu dan telah menjumpai  mayat mangsa, didalam operasi pencarian seorang anggota tentera yang hilang semasa melakukan aktiviti penerjunan di Kubu Gajah baru-baru ini. 







0 comments:

Advertise