Monday, November 5, 2012

Sejumlah 256 mangsa banjir di Perak dipindahkan

IPOH - Sejumlah 256 mangsa banjir di daerah Hilir Perak dipindahkan di tiga pusat pemindahan berikutan kampung mereka dinaiki air sedalam satu meter sejak Sabtu lalu.

Mangsa banjir di Kampung Batu Lapan membabitkan seramai 161 orang (47 keluarga), Batu 4 Kampung Selabak seramai 66 orang (20 keluarga) dan Kampung Kunci Ayer Empat seramai 29 orang membabitkan 9 keluarga.

Ketua Polis Daerah HIlir Perak, ACP Goh Kok Liang berkata mereka dipindahkan di tiga pusat pemindahan iaitu Sekolah Kebangsaan Changat Jong dan surau di Kampung Selabak dan Kampung Kunci Ayer Empat.

"Mereka dipindahkan sejak tiga hari lalu berikutan hujan lebat sepanjang tiga hari menyebabkan air dari Sungai Bidor melimpah ke kampung-kampung terbabit", katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata sehingga sekarang keadaan air di kampung terbabit masih bertahan sedalam satu meter.

Kesemua mangsa banjir telah dipindahkan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan polis.- Bernama

0 comments:

Advertise