Tuesday, November 27, 2012

SAMSENG BIADAP,Sekat Peserta Jelajah


Oleh:Muhammad Hasrul Qoorata

SLIM RIVER,PAS kawasan Tanjong Malim  bersama Dewan Pemuda Pas Kawasan membuat Laporan polis berhubung dengan tindakan samseng yang telah menghalang peserta Siri jelajah dun Slim.

Laporan polis terhadap kumpulan yang mengakui diri mereka belia Felda telah dibuat oleh Yang DiPertua Pas Kawasan Tanjong Malim ,Aminuddin Zulkipli bersama peserta yang terlibat semasa konvoi pada 24 Disember lalu di Balai Polis Slim River baru-baru ini.
Menurut Aminuddin laporan ini dibuat apabila kumpulan samseng yang terdiri hampir 30 orang  itu telah menghalang perjalanan serta  mengugut dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada peserta siri  Jelajah.Kumpulan samseng itu juga telah meletakkan  beberapa buah motor sikal dan sebuah kereta kancil di jalan raya bagi menghalang laluan utama bagi memasuki kawasan Felda Besout 1

.

Halangan yang dibuat oleh kumpulan samseng itu belarutan daripada jam 1.45 pagi sehingga azan subuh.Mereka juga menghalang perserta siri jelajah memasuk ke kawasan felda untuk menunaikan solat subuh serta mengarahkan peserta solat di luar kawasan itu.
Lebih mengejutkan ,semasa  keadaan yang tegang itu hadir seorang anggota polis yang berpakaian awam bedasar maklumat yang diperolehi, keluar dari kumpulan tersebut.”Saya mengesyaki  sesuatu yang kurang senang bagaimana seorang anggota polis boleh berada didalam kumpulan tersebut,adakah ini merupakan agen provokasi?,perbuatan menghalang ini disifatkan  sebagai tak bertamadun”ujar Aminuddin.




Laporan polis telah dibuat dibalai Slim River bersama 40 orang peserta Siri jelajah yang berkumpul di situ pada jam 2.00 petang.Turut bersama semasa  laporan tersebut  N Gunasekaran ,Biro Penerangan PKR pusat dan beberapa pimpinan pakatan rakyat Tanjong Malim.

1 comments:

Link http://direktoripolitikmalaysia.blogspot.com/2012/11/apa-kena-mengena-dengan-mazlan-aliman.html

Advertise