Oleh Sisi Bukit
Penulis mendapat maklumat pihak polis,pengurus felda dan umno bahagian didakwa cuba mengagalkan kehadiran peserta kembara Selamatkan Felda .Pihak pengurus felda didakwa turut membuat program pemuda bersama polis.
Di tanah rancangan FELDA LASAH pihak polis telah didakwa bertemu peneroka memberi amaran supaya tidak menerima kehadiran Mazlan Aliman.Peneroka seolah-olah diugut supaya jangan bertemu dan menyertai peserta kembara esok,3 November.
Sementara itu Hj Razman Zakaria,TPJ Pas Perak,menyatakan semuanya untuk menghalang peneroka atau anak peneroka menerima maklumat dengan jelas dan tepat daripada peserta kembara Selamatkan Felda.UMNO mempunyai talian hayat di 54 parlimen yang mempunyai tanah rancangan. Jadi Umno mahu FELDA terus menjadi kawasan putih.
Sebagai tanda sokongan ,penduduk atau peneroka bolehlah menunggu peserta kembara di simpang masuk Jalan Felda Lasah .dekat Hospital Sungai Siput(u) pada 8.00 pagi ,Sabtu,3 November
0 comments:
Post a Comment