IPOH: Dewan
Pemuda PAS Negeri Perak menempelak Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak dan Pergerakan
Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Perak yang mencabar agar menyatakan
pendirian berikutan kenyataan Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden PKR yang
dikatakan membenarkan kejadian murtad oleh umat Islam di Malaysia.
Persoalan
mudah kami, siapakah yang telah berkuasa memerintah negara Malaysia lebih 50
tahun?
Bukankah sebelum ini pada tahun 2006 kenyataan daripada Tan Sri (Dr)
Haji Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak telah mengatakan menerima
laporan menerusi kajian sekumpulan Melayu profesional dan intelektual bahawa
terdapat jumlah mereka yang murtad tersebut mencapai sehingga 100,000 orang?
Di
mana Pemuda Umno ketika itu?," soal Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss.
Beliau mempersoalkan siapakah
yang sebenarnya membenarkan kes murtad berleluasa di negara ini dan di Perak
khasnya?
Siapakah yang cuba mengamalkan kembali 'ancak' di Manong, Kuala
Kangsar dulu yang jelas boleh mengelirukan umat Islam?
Siapakah yang
menganjurkan program-program hiburan ala barat sehingga membawa anak-anak muda
lalai kepada Agama?
Bukankah juga Parti-Parti dalam Komponen BN terutamanya MCA
melalui Presidennya yang secara jelas menyerang Islam tanpa ada
amaran keras daripada Pemuda Umno? ," soalnya lagi.
Katanya, Pemuda Umno tidak ikhlas membela
Islam dan memertabatkan Islam di mata orang bukan Islam sedangkan mereka
berkuasa melakukannya.
Naib Ketua Pemuda PAS Pusat itu menjelaskan, Pemuda Umno dan BN sudah ketandusan idea
untuk terus menjadi tonggak Umno dan BN.
Ini
juga katanya jelas bahawa Pemuda BN ingin meletakkan kegagalan mereka menjaga Islam
seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia sebagai Agama rasmi kepada
pihak terutamanya melalui kenyataan Nurul Izzah yang telah diputar belit oleh
media tertentu.
"Saya bersedia mencabar Pemuda Umno terutamanya Ketua Pemudanya
untuk berdebat di atas kepentingan Islam jika mereka benar-benar ikhlas dan
berani untuk bersemuka.
"Tidak perlu melalui sidang media dan kenyataan media
semata-mata dan akhirnya semua tindakan akan merugikan Islam kembali," tegas Yang Dipertua PAS Kuala Kangsar itu.
0 comments:
Post a Comment