Koordinator Bantah AES, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, memorandum bantahan tersebut menyatakan empat faktor utama AES perlu ditolak.
“Kami menyokong usaha untuk menangani masalah kemalangan tetapi dalam isu pelaksanaan AES, ia agak meragukan dan membebankan rakyat.
“Kami memberi tempoh seminggu mulai hari ini (semalam) untuk pihak terbabit memberi maklum balas terhadap bantahan ini serta membatalkan membatalkan pelaksanaan AES,” katanya.
Terdahulu, orang awam, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul seawal jam 12 tengah hari di hadapan Masjid An-Nasyirah sebelum bergerak ke pejabat Menteri Pengangkutan untuk menyerahkan memorandum.
Memorandum tersebut diterima wakil Pejabat Ahli Parlimen Lumut. Beberapa pemimpin PR yang hadir pada memberi sokongan termasuklah, Timbalan Ketua Pemuda Pas Negeri, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang, Adun Pasir Pinji, Thomas Su Keong Siong dan wakil PKR Pusat, Siti Aisyah Sheik Ismail.
Mohd Saifullah yang juga Timbalan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat berkata, jika pihaknya tidak menerima sebarang respons daripada Cho Ha, mereka akan mengadakan perhimpunan ‘Bantah AES’ bersama pimpinan PR di Parlimen dalam tempoh terdekat.
0 comments:
Post a Comment