Oleh Intan Hijau
TELUK INTAN: Atas usaha ADUN Changkat Jong, seorang
warga emas India yang mengalami sakit buah pinggang telah menerima
sebuah kerusi roda daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Parvathy a/p Duraisamy, 57, kini menderita sakit buah pinggang. Kini
beliau sedang menerima rawatan hemodialisis di Hospital Teluk Intan
sebanyak tiga kali seminggu. Turut hadir sama menyerahkan kerusi roda
ialah Timbalan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Teluk Intan,
Sdr. Sarguna.
YB Anuar, Sdr. Sarguna dan Pn. Parvathy serta suami. |
Menurut Sdr. Sarguna, kini pihak DHPP Teluk Intan atas kerja sama ADUN
Changkat Jong menguruskan pengangkutan pergi dan balik Parvathy ke
hospital untuk melakukan rawatan hemodialisis tersebut dengan menaiki
van Khidmat Masyarakat DUN Changkat Jong dari rumahnya di Taman KPJ Batu
12, Jalan Bidor ke Hospital Teluk Intan.
Van Khidmat Masyarakat ADUN Changkat Jong. |
Puan Parvathy mengucapkan terima kasih kepada YB Hj. Mohd. Anuar Sudin
dan pihak DHPP yang telah berusaha mendapat beliau sebuah kerusi roda
yang baharu dari JKM Teluk Intan.
"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada YB Anuar dan DHPP yang
menyediakan pengangkutan untuk saya berulang alik ke hospital untuk
menerima rawatan tiga kali seminggu," tambah Parvathy lagi.
intanhijau.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment