Wednesday, October 24, 2012

Isi Khutbah harus berkesan kepada rakyat


IPOH: PAS Perak mencadangkan agar pihak berkaitan sentiasa mengadakan kajian serta pemantauan secara formal mengenai keberkesanan penyampaian khutbah kepada masyarakat terutama umat Islam.
Pesuruhjayanya, Ustaz Abu Bakar Hussien berkata, kajian mengenai keberkesanan khutbah Jumaat dan khutbah dua Hari Raya haruslah sering diadakan melalui kursus-kursus pemantapan perkhidmatan pegawai masjid yang diadakan dari semasa ke semasa.

Ini kerana katanya khutbah Jumaat dan khutbah dua Hari Raya merupakan salah satu saluran penyampaian maklumat kepada umat Islam.

Menurutnya, setiap khutbah yang dikeluarkan adalah bertujuan menyedarkan masyarakat mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah, selain isi kandungannya juga berkisar tentang munakahat, muamalat dan jinayat.

“Pada umunya khutbah Jumaat amat berfungsi untuk menyegarkan nilai-nilai taqwa seperti yang dikehendaki dalam Islam,” jelas Abu Bakar

1 comments:

isi khutbah mesti mendatangkan kesan kepada jemaah setiap Jumaat baru makin lama makin mantap iman, faham agama Islam.Takut pada hari pembalasan tidak mudah terpedaya dengan bisikan syaiton didunia ini.ramai orang ingat agama Islam ini untuk majlis tertentu saja nikah,mati,kawin perayaan sembelihan
lain tak perlu ikut mana boleh itu macam.Telinga dengar agama bukan agama dengar telinga kita.
Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum'at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli . Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
Apabila telah ditunaikan shalat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.

Advertise