Ikhsan blog Alhusseyn
sangkakala ditiup nanti. Selamat tinggal Apak - Ajijoi
Saya baru pulang dari tanah perkuburan kerana menghadir pengkebumian Apak kepada blogger Ajijoi, Allahyarham Zulkifli, seorang teman aktivis PAS Taman Maju Rapat, Ipoh. Semoga Ajijoi dan keluarga terus bersabar dan semoga Allah mencucuri rahmat serta mengampunkan Apaknya. Alfateha.
Allahyarham berusia 75 tahun meninggalkan seorang balu dan 4 anak. Menurut Ajijoi, Allahyarham pernah bekerja di sebuah kilang di tapak industri Tasek , Ipoh.
Allahyarham berusia 75 tahun meninggalkan seorang balu dan 4 anak. Menurut Ajijoi, Allahyarham pernah bekerja di sebuah kilang di tapak industri Tasek , Ipoh.
Allahyarham terkenal sebagai seorang yang sangat vokal dalam menyatakan sokongan terhadap PAS. Beliau bergerak dengan menggunaka sebuah motosikal untuk kemana-mana.
Ajijoi memberitahu, awal pagi tadi, Allahyarham telah keluar rumah tanpa sarapan pagi dengan menolak motosikalnya ke kedai untuk dibaiki kerana pancit. Allahyarham khabarnya membawa bersamanya 'pump' yang digunakan untuk mengepam tayar bocornya lalu dinaikinya dan bila kempis semula akan menggunakan 'pump' tersebut semula.
Beliau sempat sampai ke kedai morsikal di Gunung Rapat. Allahyarham kelihatan seperti biasa sahaja kata towkey Cina kedai tu kepada Ajijoi. Sedang berbual-bual, tiba-tiba Allahyarham terdiam dan bila Cina tu toleh, Allahyarham sudah tersepok diatas tempat duduk dalam kedai itu, pengsan.
Mujur ada seorang hamba Allah ada disitu dan mengambil maklumat yang ada padanya lalu beliau pergi ke alamat rumahnya memberitahu ibu Ajijoi.
Mujur ada seorang hamba Allah ada disitu dan mengambil maklumat yang ada padanya lalu beliau pergi ke alamat rumahnya memberitahu ibu Ajijoi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya disitu ketika ambulan tiba ke tempat tersebut. Pihak polis tidak membenarkan mayat tersebut dibawa balik ke rumah dan terpaksa dibawa ke Hospital Besar untuk mendapatkan pengesahan dari pihak Hospital kerana kematian berlaku di tempat awam. Demikian polis memaklumkan keluarga Ajijoi.
Urusan mayat - mandi dan kapan diselesaikan di Hospital itu juga dan pengkebumian dilakukan selepas solat Asar tadi .
"Segala-galanya selesai sudah. Apak kini telah dikembalikan kepangkuan Allah Taala. Jazakallah khairan khathiro buat semua yg ziarah & bantu." tulis Ajijoi dalam tweetnya.
"Segala-galanya selesai sudah. Apak kini telah dikembalikan kepangkuan Allah Taala. Jazakallah khairan khathiro buat semua yg ziarah & bantu." tulis Ajijoi dalam tweetnya.
Marilah kita sama-sama mengucapkan takziah kepada keluarga Ajijoi. Ucapan takziah bermaksud menghiburkan orang yang ditimpa musibah dengan menyebut hal-hal yang dapat menghapuskan duka dan meringankan penderitaan. Hukum takziah adalah sunat dan sangat digalakkan dalam Islam. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Mana-mana orang mukmin yang mengucapkan takziah kepada saudaranya sesama Islam yang ditimpa musibah, melainkan ia akan diberi balasan yang sebaik-baiknya oleh Allah s.w.t iaitu dimuliakan dan dipakaikan dengan persalinan yang serba indah dari pakaian kemuliaan dihari kiamat kelak.”
Masa yang paling afdal untuk mengucapkan ucapan takziah ialah sebelum mayat dikebumikan dan berlanjutan sehingga tiga hari mulai dari hari matinya. Jika tidak ada di tempat kematian itu atau tidak mengetahui akan kematian yang berlaku maka bolehlah mengucapkan takziah bila mana perkhabaran kematian tersebut diberitahu.
Lafaz ucapan takziah daripada orang Islam kepada orang Islam yang kematian keluarga adalah seperti berikut :
“Semoga Allah memberikan pahala yang berganda-ganda kepada saudara dan menjadikan saudara dapat bersabar dengan sebaik-baiknya serta diampunkan orang yang telah mati”
“ Semoga Allah memberi balasan sebaik-baiknya kepada saudara.”
0 comments:
Post a Comment