"Apabila kerajaan Pakatan
Rakyat ditumbangkan, BN ketika itu tidak nampak ada satu lagi institusi
ataupun jawatan penting iaitu Speaker yang ketika itu masih lagi dari
kalangan Pakatan Rakyat.
Tidak
lengkap mendapat jawatan Menteri Besar jika belum mendapat menukar
Speaker DUN kerana Speaker berkuasa penuh di dalam dewan bermakna
Pakatan Rakyat masih berkuasa di Dewan Negeri.
Jadi
jika inginkan kuasa sebenar kerajaan dalam sidang DUN, BN ketika itu
perlukan kuasa sepenuhnya di dewan dan ini yang mereka terlepas
pandang.
Semasa
sidang DUN pada 7 mei 2009 yang berlaku dalam keadaan tegang itu, saya
tidak nampak dan dengar speaker mengarahkan timbalannya mempengerusikan
sidang DUN, pada masa yang sama V Sivakumar masih duduk di kerusinya.
Tiba-tiba
Timbalan Speaker, YB Hee Yit Fong telah adakan satu sidang di hujung
dewan untuk melantik Speaker baru dan saya sebagai Setiausaha DUN berasa
pelik, saya baca buku perintah tetap tentang tindakan Hee itu namun
saya tidak menjumpai satu fasal pun yang membenarkan keadaan itu
berlaku, ini bermakna Peraturan Tetap Dewan telah dilanggar.
Saya
tidak pasti siapa yang mengusung V Sivakumar ke luar dewan dan sudah
pasti ianya bukan staff dewan kerana saya mengenali semua staff-staff
tambahan yang dilantik bagi membantu Bentara Dewan.
Kejadian
tersebut telah menjadi sejarah dunia kerana ianya tidak pernah berlaku
di mana-mana Negara Komanwel mahupun negara lain.
Abdullah Antong Sabri, Bekas Setiausaha DUN Perak
0 comments:
Post a Comment