IPOH: Badan Perhubungan PAS Negeri Perak melihat krisis
yang timbul berikutan penafian Datuk Hamzah Kassim, Ketua Umno Bahagian Gopeng
yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Gopeng terhadap isu ‘politik
wang’ untuk melobi sebagai calon menunjukkan kelemahan Datuk Seri DiRaja Dr
Haji Zambry Abdul Kadir selaku Pengerusi BN Negeri Perak yang juga Pengerusi
Badan Perhubungan Umno Negeri Perak sama sekali.
Ketua Penerangannya, Ustaz Nuri Al-Amin berkata, PAS
melihat kenyataan segera Datuk Seri Zambry terhadap kedudukan kerusi Parlimen
Kawasan Gopeng seolah-olah terus dimuktamad menjadi kepunyaan MCA menimbulkan
tanda tanya.
“Jika kerusi MIC, Datuk Seri Zambry serius memastikan isu
kerusi milik MIC pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 12 tahun 2008 dinilai
semula, mengapa dalam krisis kerusi milik MCA ini Datuk Seri Zambry dilihat
hanya ‘berdiam diri’ sahaja?
Adakah kerana kerusi Parlimen Gopeng akan ditandingi oleh
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek?,” soal beliau.
Menurutnya, perkara tersebut jelas menunjukkan ketidakmampuan
Datuk Seri Zambry memastikan calon-calon BN yang bertanding di Negeri Perak ini
‘bersih’ dan mampu menggalas tugas mereka kelak.
“Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Datuk Seri Zambry
tidak mampu memperjuangan kerusi Parlimen Gopeng untuk diwakili oleh Umno pada
PRU 13 nanti!,” jelasnya lagi.
0 comments:
Post a Comment