IPOH:Badan Perhubungan PAS Negeri Perak kesal dengan penganjuran Konsert Ambang Sambutan Hari Malaysia di Dataran Ipoh pada 15 September yang lalu ‘berlesenkan’ sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012.
Ketua Penerangannya, Ustaz Nuri Al-Amin berkata, ianya secara tidak langsung telah tidak menghormati bulan Syawal yang masih disambut oleh umat Islam dengan menghidangkan konsert yang dibarisi artis daripada Ella, Amy Search dan Datuk AC Mizal.
Menurutnya, dengan menyajikan konsert tersebut, ianya juga dilihat secara langsung amat bertentangan dengan garis panduan daripada Jabatan Mufti Negeri Perak.
"Persoalan kami, apakah tindakan Jabatan Mufti di atas penganjuran konsert yang jelas satu penghinaan kepada bulan Syawal?
"Kami mendesak agar Kerajaan Negeri Perak mengambil perhatian di atas isu-isu berkaitan Islam ditambah konsert ini berlaku dalam masa yang sama dengan isu filem pendek yang menghina Nabi Muhammad SAW," katanya kepada Perakite Daily
Jelasnya, PAS mengharapkan keperihatinan Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir sebagai seorang yang mendapat didikan aliran agama diperingkat tertinggi agar menasihati kalangan ‘orang-orang kuatnya’ untuk lebih sensitif dalam perkara yang berkaitan dengan Islam.
"Kami sekali lagi merakamkan kekesalan di atas penganjuran konsert tersebut yang jelas satu bentuk penghinaan terhadap agama Islam," jelas Timbalan YDP PAS Batu Gajah itu.
0 comments:
Post a Comment